di mana silapnya?

assalamu'alaikum dan salam sejahtera

well...
couple of days before, while i was having a walk on the street, aku dipertontonkan Allah satu lagi sketsa kehidupan di ruang kecil bumi yang bernama Kuala Lumpur ini.

apa ceritanya? bacalah...
* * *

hari tu sebenarnya adalah hari pertama aku mulai bercuti...senang cakap, aku tengah mid sem break and i was just arrived from Perlis...
aku balik naik bas ekspres dan turun di Klang Sentral...
so, my brother is the person who in charge on fetching me home that hour...
tapi, dia perlu ke kliniknya dan susah pulaklah untuk dia berpatah balik menghantar aku ke rumah...
so, i've been planning to stay with him at his clinic in Shah Alam....

but i've started to think of something that time...

' macam bosanlah pulak aku nak tunggu dia habis kerja...pukul 5 kang kot baru die setel... '

so i've come with this idea...

' bro...anta aku kat KTM Padang Jawa...aku nak melawat KL jap ah...nanti pukul 5 ko angkat aku balik... '

he nodded and turned to the other side of the road...

dipendekkan cerita, aku dah pun berada dalam train, menuju ke destinasi yang tertulis 'MidValley MegaMall' di tiket kertas kaler merah putih KTM...

macam biasalah, waktu-waktu tak kritikal, adelah seat untuk aku dalam train tu...dari stesen ke stesen, makin lama orang makin ramai....dan macam biasa jugalah, kebanyakannya ialah abang-abang berhidung mancung, berkulit putih/sawomatang/gelap gelita serta berbahasa 'kebangsaan'...bau tapayah cerita...memang bikin segar minda....

aku tersenyum...bila agaknya Malaysia nak berubah dari segi ni...banyak sangat pendatang asing....dan sejujurnya, aku pun rimas....

train sampai di KL Sentral lebih kurang jam 10.30 pagi...dan serentak dengan berhentinya train di platform, orang ramai menyerbu train....macam nak lari dari tsunami...baik yang nak masuk, baik yang nak keluar....termasuklah aku sekali...sebab aku nak kena tukar train untuk ke MidValley...

selesai urusan bertukar tren, aku dapati 'mereka' masih memonopoli segenap ruang tren...apa nak cakap, aku diamkan saja...well, at least aku ada jugak public transport nak tumpang....
all of a sudden, telinga aku tertancap ke satu perbualan ini...perbualan antara seorang lelaki (yang aku kira lembut orangnya) dan seorang wanita...both can i easily described as the typical-figure KL-ads...

apa yang disembangkan? well...i've heard this kind of ayat...

' busuklah anjing-anjing ni '

' geli tengok, banyak bulu...tah-tah ada kutu diorang ni'

'buat semak negara aje...tak bagi untung taw...bawak bahaya lagi ada '

banyak lagi yang tertancap kat lubang telinga aku sebenarnya.....tapi rasanya.cukuplah yang aku nyatakan di atas...sebab aku rasa korang pon dah boleh agak apa yang mereka bualkan...

yup...keduanya sedang menghina golongan pendatang yang ada waktu itu....

aku hanya berdiam diri...

tak lama kemudian, tren mulai susur di platform stesen MidValley...serentak itu, ramai lah yang keluar dari perut tren sebaik sahaja pintu automatiknya dibuka...begitu juga aku...turut mengekor adalah sekumpulan pendatang asing dan juga kedua lelaki dan wanita yang berdialog tadi....
Allah nak tunjuk apa sebenarnya yang dinamakan integriti dan harga diri pada aku...

dan Dia pampangkan sketsa pendek ini...

selesai je kedua pendialog tadi swipe tiket kat kaunter tiket, si lelaki lembut ni yang kebetulannya memegang segumpalan tisu, mencicirkan tisu yang digenggamnya....logik akal mngatakan yang ya, dia memang sengaja...dan dia lantas berlalu begitu sahaja dengan hilai tawa gediknya bersama wanita tadi, menuju ke eskalator untuk naik ke atas....

dan apa yang membuatkan aku tergamam adalah.......

.....tindakan salah seorang pendatang asing yang berada di kalangan kumpulan mereka...mata berkedip-kedip apabila melihat dia bongkok, mencapai gumpalan tisu yang tadinya dijatuhkan lelaki lembut tadi, dan dibawanya pula ke lubang tong sampah bewarna biru, tidak jauh dari situ.....

perasaan aku becampur baur selepas babak kehidupan itu selesai....dan seperti biasa juga, aku menggumam bibir....

* * *

di mana silapnya? adakah kerana pendatang asing yang seorang tu tadi sedar dirinya berada di tanah orang, maka timbul rasa hormat dalam dirinya terhadap negara orang lain?
di mana silapnya? warga tanah tumpah darah sendiri tegar berkelakuan demikian terhadap bumi tempat dia berpijak?
di mana silapnya? kurang ajarankah? kurang pendidikankah?

siapa yang lebih mulia?

Allah jualah penilai teragung....

" kita meniti perjalanan masa kehidupan kita di dunia, tapi adakah nilai yang tertabur di jalanan kehidupan itu kita kutip dan titip di hati? itu sebenarnya yang kita selalu terlupa...kita terlupa perjalanan kedua kita selepas dunia... "

aku hanya mampu kekal mematungi diri saat babak itu berlangsung, dan tiba pula masanya hati berdialog...

" apalah daya aku kecuali untuk terus positif terhadap apa yang ditangkap iris mata ini "

 gambar: streetdirectory.com


till then, assalamu'alaikum and have a nice day...




Comments

  1. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.”

    – Hadis riwayat Muslim

    ReplyDelete
  2. thnx..ur blog always made me think...about everything...

    ReplyDelete
  3. ur welcome... cerite kecil utk difikirkan...moge dpt dijadikan platform memperbaiki diri...

    ReplyDelete
  4. rmai la xsdar dgn kesenangan yg dorang dpt..i hope i'll never be in that community..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah...you can always try =)

    ReplyDelete
  6. Nice entry. Tersentuh hati sy baca..

    ReplyDelete

Post a Comment