maaflah....

assalamua'alaikum dan salam sejahtera

for these past few weeks, sebenarnya memang aku tak sedap hati....
and looking on the current situation, what are the things that i'm afraid to happen had happened...
sebenarnye, aku sudah risaukan perkara ini lama dulu...seawal berada di dunia itu...

maaflah...
ada masanya kamu semua merasakan aku ini seorang yang mengejar nama dan populariti...
namun ketahuilah...
niat di hati tiada berkehendakkan begitu...
kerana aku sudah terlalu lama hidup dengannya, seawal usiaku...
dan hati sebenarnya serik meneruskan legasi kemashyuran saat ini...
atas kesan mendalam yang menimpa dirinya dahulu....
di hati ini punya prinsip yang sentiasa aku pegang...

 "nama dan populariti itu tidak berkekalan...kerana semua itu ibaratnya angin...menyenangkan bila sepoi, menyusahkan bila ribut, mematikan bila taufan...habis semuanya, ia hilang begitu sahaja...seperti tiada apa..." 

aku tidak mahu popular, tapi ia tetap menjengah...tanyakan pada diri kalian, ada apa dengan nama yang mashyur, bila setiap inci kelemahan dan kekurangan jiwa mudah terlihat? siapa yang inginkan demikian jadinya? dengan nama Nya, aku tunduk, menjawab, aku juga tidak menginginkannya...

maaflah...
bila ada saatnya kalian melihat aku seperti ingin menggilai pangkat dan kuasa...
tapi percayalah...
aku terlalu lama dan kerap memberi peluang...
terlalu lama menunggu tindakan dan kesedaran yang atas, dan terus-terusan memberi peluang pada yang bawah...
bila manja, kita lupa batas dan tujuan...
kita lupa rasanya hati orang...
kita lupa siapa diri kita yang dulu...
diri yang dipercayai setiap tangan yang menanda tanda percaya...
aku juga...sepertinya hilang jiwa dan diri itu sendiri...
persoalkan diri kalian...apa yang boleh aku manfaatkan dengan kuasa aku?apa yang ingin aku tegakkan andai terdapat pun kuasa dan pangkat itu di tangan ku?
terjejaknya kaki aku pun ke dunia itu, tiadalah aku fikirkan kekuasaan yang tiada bandingnya...
sekali lagi aku tunduk, dan dengan nama Nya, aku menjawab...
aku fikir aku telah dan sedang berusaha sekeras-kerasnya....

maaflah...
bila mana ada masanya kalian melihat aku ini seperti perasan bagus dan hebat...
tapi ketahuilah kalian...
dengan air mata ini, aku saksikan kepada kalian bahawa setiap genap dan ruang yang ada di fikiran aku..
hanyalah untuk memastikan kekuatan kita itu terus terjaga...
keyakinan kita mampu itu, terus mapan...
kepercayaan sesama kita itu, sentiasa utuh...
tergamaknya kalian berfikir demikian...hanya kerana aku sering menegur?
tidakkah kalian tahu betapa aku menegur itulah, tandanya aku masih sayang dan ambil peduli?
aku tidak mahu kita hancur sabahatku...
hancur kerana ampuhnya kita terlatah dengan jentik-jentik kecil dari luar dan dalam...
sampainya hati kalian mengatakan aku demikian...hanya kerana aku suka menunjukkan sesuatu yang berlainan dari apa yang pernah kalian lihat?
niatnya aku hanya ingin kalian jadikan teladan dan pelajaran....
tanyakan diri kalian kembali....pernahkah kalian berfikir atau terfikir, apa yang pernah dan sering aku lakukan  dan ingatkan?
sahabatku, dengan rendah diri dan seikhlas hati, aku mengaku...diri ini hanya sekelumit atau hampir tiada kehebatannya pun...cuma aku suka mengingatkan dan beringat...bukan kah Allah suka kita berkeadaan itu sesama kita?
sekali lagi...aku tunduk, dan dengan nama Nya, aku berazam sekeras-kerasnya, biarlah hati ini yang mengingatkan hati yang mahu diingatkan....menegur mana yang mahu dirinya ditegur...
aku sudah tidak betah, kerana hati seakan-akan mati ketika ini...

maaflah...
kadangkala kalian melihat kau ini emosi orangnya...
tapi aku persoalkan kembali pada kalian...berapa hitungkah kalian akan kemarahan aku? caci-maki aku? keberangan aku yang tidak bertempat? kata-kata aku yang melampiaskan kebencian? 
dengan airmata ini aku saksikan sekali lagi pada kalian...
hati ini tidak aku didik membenci sesiapa pun yang berjuang di landasan yang sama dengan ku...
dan tidak pula aku sematkan dalam hati perasaan hitam yang sama kepada sesiapa yang lain...
hatta jasad itu bergelar musuhku, orang yang ingin aku jatuh sedalam-dalam ruang kejatuhan...
aku ingin semua berjaya, membawa nama dan kegemilangan yang tersendiri, dan aku sendiri mahu membantu sedaya usahaku...
tidak pula aku menyalahkan kalian...kerana mungkin cara pandangan kalian terlalu berbeza dengan aku...
" jingganya buah limau itu, belum tentu melihatkan kemanisannya...rasalah dengan deria yang ada....Allah itu menciptakan segenap rangkaian fikiran dan dagingmu itu dengan sebaik-baik ciptaan... "

...maaflah...
mulut aku kian berat..
hati kian mati...
dan apa yang tinggal...
hanyalah deria yang kian tumpul...

selagi ada daya...aku akan berpesan...pohon aku, jangan kalian matikan daya yang bersisa ini...



untuk kesekian kalinya...aku mohon maaf....

till then, assalamua'alaikum and have a nice day

Comments

  1. Kata-kata mereka terkadang yang rapat dan boleh digelar sebagai seorang sahabat juga boleh menghiris hati. Sukar untuk mereka mengerti 'cause they're not on your shoes. As u said before, jadikan kata-kata mereka itu sebagai batu loncatan dan bukan untuk men'downkan' lagi diri awak. No matter what happened, try to cheer up yourself, dude! ^^

    Allah reminds us that all people will be tested in life. "O muslim, bear these trials with "patience, perseverance, and prayer!"

    Happy moments = Praise Allah
    Difficult moments = Seek Allah
    Quite moments = Worship Allah
    Painful moments = Trust Allah
    Moment by moment = Thank Allah

    ReplyDelete
  2. Biarkanlah mereka yang tidak mengerti sesat dengan kejahilan mereka... biarkanlah mereka yang tidak menghargai kerugian dengan kebongkakan mereka... biarkanlah mereka yang tamak hancur dengan nafsu serakah mereka....

    Ingatlah sahabatku bahawa sesungguhnya, menjadi pemimpin itu bukanlah bermakna kita perlu puaskan hati semua orang... menjadi pemimpin itu bukanlah bermakna kita mampu membuat semua orang sukakan kita...

    Tetapi menjadi pemimpin itu bermakna kita mampu membawa orang yang kita pimpin itu ke suatu tempat atau tahap yang lebih bagus, lebih baik... walapun asalnya mereka menentang, walaupun asalnya mereka membenci tetapi akhirnya mereka akan nampak juga niat murni kita itu...

    Ingatlah sahabatku, mereka perlukan masa... walaupun kita sendiri tidak cukup masa, tetapi kita akan tetap buat apa yang termampu.... kerana itulah tanggungjawab yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita... itulah pengiktirafan yang Allah telah maktubkan dalam Loh Mahfuz...

    Ingatlah juga sahabatku, engkau tidak keseorangan... kami sentiasa kan menyokongmu... kami sentiasa kan percayakanmu... demimu sahabat, kami akan berkorban, demimu sahabat, kami akan beri segalanya...

    Insyallah kita akan capai kegemilangan itu bersama.... Insyallah Allah akan bantu mereka yang berhak, mereka yang difitnah, mereka yang tertindas, mereka yang teraniaya, mereka yang ikhlas... Janganlah putus harapan... Teruskanlah usahamu, teruskanlah perjuanganmu...

    ReplyDelete
  3. Im your fren too^.^ saya agum dhn mereka d atas.. tapi tak reti berpujangga seperti mereka di atas.kerana asyik deal dgn numbers...huhu.. tapi...

    saya ada d belakang kamu...
    bila kamu rasa saket melihat kehadapan,
    pandanglah saya dan kami yang ada d belakang..
    raih senyuman dan kekuatan, kemudian.. pandang ke hadapan.langkah dan langkah..

    mengapa tak dihadapan?
    saya tak nak bila awak mengundur atau kebelakang, saya tak nampak .
    at least, bila saya d belakang, saya akan nampak, tahan dan beri support utk terus kehadapan.=)

    "Fikirkan sesuatu yang worth utk difikirkan.. kenapa nak seabut dengan layanan buruk dan kutukan org bile kite dah buat yang terbaik. ramai lagi org yang boleh menyenangkan kite"
    -fydh-10June2011,07:01:38pm.

    ReplyDelete

Post a Comment