" i've been wondering so much things as i observing my surroundings "

assalamu'alaikum dan salam sejahtera


" persekitaran adalah apa yang dinamakan subjek pembelajaran, tapi fikiran dan sikap adalah apa yang kita didik untuk diri kita sendiri...baik atau buruk, kita putuskan...dan dengan hasil dari tangan, ia membuktikannya... "

setiap langkah, setiap gerak, bahasa, peruturan dan personaliti semua orang yang tertancap di iris mata membuat aku ligat berfikir....kenapa dan apa punca kepada bagi seseorang itu sukar/tidak berfikiran seperti yang dituntut? dalami situasi ini...

* * *
aku seperti biasa dengan rutin menjaga dan memantau pelatih-pelatih kokurikulum si suatu petang jumaat...setibanya di kelas, ku buka daun pintu, perlahan...sejuknya penghawa dingin menusuk ke tulang...tidak mengapalah, hemahku kerana sekurang-kurangnya ia berfungsi elok dan kebetulan aku berbaju lengan panjang...juga seperti biasa, aku terus ke barisan meja belakang dalam kelas tersebut, menyelesaikan apa jua dokumen untuk diberikan kepada pelatih sebentar lagi... 

lengan bajuku lurut hingga ke pergelangan tangan...memang...sejuk benar rasanya...dan suara hati aku di setujui kumpulan kecil pelatih yang duduk di barisan betul-betul di hadapanku...dari bisik-bisik mereka...

" eyh sejuk giler...takde ke button nak ejas temperature ekon nih? "

sebetulnya ada lagi ayat di hadapan perbualan itu, namun rasanya tak perlulah aku nyatakan di sini...namun, apa yang aku persoalkan di dalam hati adalah ini...

" kalau dah tau sejuk....kenape tak disinsing lengan baju tu ke bawah...sekurang-kurangnya hangatlah jugak nanti...dan taklah jgk terdedah epidermis kau untuk ditatap mata yang bukan muhrim..."

" owhh...kenapa tak kau peluk saja beg warna pink kau tu?"

hmmmmm....

selesai kelas kokorikulum petang itu, frasa 'sejuk gilerr', 'sejuk nak mampos', dan 'sejuk sial' gemar sahaja meniti di bibir mereka....sengaja aku perlahankan langkah sehinggalah mereka hilang dari pandangan...

* * *

bukan bahasa itu yang aku pertikai (sejujurnya aku juga sering mletakkan 'imbuhan-imbuhan' itu dalam tuturkata ku...=p ), namun, aku persoalkan kembali....lengan baju itu tetap juga bersinsing di siku, dan tidak pernah di turunkan pun...... 

ini nampaknya kecil saja...namun dari yang kecil-kecil inilah, kita terlepas pandang didikan yang perlu kita sematkan dalam diri kita sendiri...

" paculah diri untuk bergerak sendiri dengan sokongan yang ada...kerana Allah ciptakan daya untuk kita manfaatkan...sertakan daya dengan akal...ia pasti menjadi kekuatan... "


owhh yaa...satu lagi situasi ringkas untuk difikirkan...

di kelas yang sama, kelihatannya rintik-rintik hujan mulai turun, kedengarannya seperti perlahan...selang beberapa ketika, bunyinya kian rancak dan langit sudah kelam...mujur sahaja kilat tiada bersabung...namun itu bukan perhatianku...sebaliknya, serentak dengan bunyi rintikan hujan yang lebat, ini juga tertancap di telinga...

" AAAaaaAAaAAaAAaA~~~~~(gunakan suara dalam dan bergetar...hahaha) "

* * *

tahu kenapa aku hairan? kerana didikan diri aku sendiri mengatakan bahawa, bukankah kita sepatutnya mengucapkan ini...?

" Alhamdulillah "

hmmmmm...di mana silapnya?

apa yang lebih menyesalkan aku...adalah diri aku sendiri...kerana berdiam diri dan tiada pula berkata apa...

till then, assalamu'alaikum and have a nice day...


Comments

  1. orang islam belum tentu dia beriman. sebab tu kita tengok ramai orang islam yang tak berakhlak. puncanya kerana iman mereka lemah. apabila iman lemah, rasa bertuhan tak ada. manusia sekadar tahu adanya Allah tapi tidak terasa Dia ada. tak rasa Allah melihat, mendengar dan memerhati. maka kerana itu tidak timbul rasa kehambaan d hati. tak rasa syukur, tak rasa redha, tak rasa sabar, tak rasa takut dan malu dgn Allah. kalau dgn Allah pun tak rasa begitu, apa lagi dengan manusia. sebab itu pentingnya iman disuburkan. dapat nikmat islam, belum tentu dapat nikmat iman ^^

    ReplyDelete
  2. " Too many people wear a title of a Muslim;
    But they don't practice Islam."

    a line of This is Islam lyrics by mustaqim sahir. =)

    ReplyDelete

Post a Comment