ini jam....

 assalamu'alaikum, salam sejahtera...


aku tahu majoriti manusia tengah sedap menelan air liur basi, sambil diulit mimpi indah di awanan...

tapi ini jam, aku kat McD, menelaah iPad sambil berborak dengan member...

sopan deskripsi aku di atas...senang cakap tengah melepak laah...

cuti cuti ni, habiskan masa macam ni lah...ingat nak apply part time, tapi cuti pun tak lama...so hasrat nak cari kerja tu aku tangguhkan aje...membibiklah aku di rumah, melakukan hal hal kerumahtanggaan...

aktiviti dinihari aku ni bukannya kerap pun, and selalunya tak lama...jumpa selalunya untuk plan aktiviti waktu lapang, sekali dengan pakej bergosip secara ringkas...

saat aku sedang menaip entry ni, sebelah kiri ada McShaker...sebelah kanan ade McFloat...abang Kepal belanja...aku dengan Iqbal tukang melantak...

apapun, esok dah Raya Haji...

...jadinya, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA pada korang yang rajin menatap blog ni...

ini kira aku tak tidur dah la ni...esok dalam kereta, balik kampung, aku revenge tidur aku...






# mood menulis dah kembali =)


till then, assalamu'alaikum, have a nice day




Comments