inilah hakikatnya realiti kehidupan

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari-hari kebelakanan ini terlalu mencabar, menggarit lagi luka dan duka, menguji lagi kesabaran dan ketabahan....
aku tahu ianya sukar bagi mereka untuk menerima berita perihal kegagalan aku menjawab peperiksaan semester lepas....
aku tahu sukar juga untuk mereka lihat keputusan peperiksaan aku untuk semester januari 2011-april 2011 baru-baru ni....

tapi...

sesukar mana pun situasinya untuk mereka terima, untuk mereka hadapi, untuk mereka lalui...
tidakkah mereka tahu bahawa anak ini lebih susah dan payah mengharunginya?
tidakkah mereka tahu bahawa anak ini terlalu selalu ingin menjaga hati mereka sehingga hati anak ini sering sahaja sakit dan terluka?
tidakkah mereka tahu bahawa anak ini ingin dilihat dan dibanggakan dengan cara yang sedikit berbeza dari adik-beradiknya yang lain?

tak banyak pun yang ingin aku beri...
aku cuma ingin memberi jaminan yang aku mahu menjaga mereka di usia tua...
kerana aku sebenarnya sangat menyayangi mereka...
sebagai anak...

tak banyak pun yang aku harapkan, yang aku inginkan dari mereka (yang mengikut coret-coret kebanyakan orang, mereka adalah orang yang selalu ada untuk kita luahkan masalah, yang kononnya selalu mampu menjadi pendengar dan penyokong kita saat kita memerlukan),cukup sekadar mendengar dengan ikhlas dan sedikit sebanyak memberikan kata-kata yang mampu aku jadikan inspirasi pembangun diri...

namun inilah hakikat realiti kehidupan aku....
mereka kekurangan aspek itu....
dan di usia ini...
aku terpaksa belajar menerima kekurangan mereka....
aku terpaksa menerima mereka seadanya...

cuma itulah...

kadangkala....
kesabaran juga boleh luput...
aku kesal sebenarnya dengan perlakuan dan tutur kata aku kepada mereka hari ini...
seolah-olahnya macam aku tiada iman....
seolah-olahnya macam aku tak pernah pun berpegang dengan prinsip untuk sentiasa menghormati mereka...

kenapa aku jadi begini?

kenapa mereka begitu?

mereka kecewa....aku juga kecewa....

biarlah ini jadi yang terakhir....aku tak betah menjatuhkan air mata mereka lagi....
dan aku juga tak betah menjadi selemah ini.....

maaflah...
tapi bagi aku...
mereka bukan pendengar yang baek...
bukan juga pemberi kata dan nasihat yang luhur...
jauh lagi sebagai pereda ketegangan dan pengurai simpulan masalah yang aku hadapi...

aku mungkin akan berhenti berharap dan mempercayai....
tapi aku akan terus memberi kasih dan tanggungjawab aku sebagai anak....
walaupun bait-bait kata mereka mampu membuatkan mereka kehilangan anak ini....

sekurang-kurangnya, kerana mereka, aku ada.....

" redhanya Allah kepada seorang manusia bergelar anak adalah apabila kedua ibu bapanya meredhainya terlebih dahulu....jadi berbuat baiklah kepada keduanya... "

yad minta maaf ayah, ibu....tiadalah niat yad nak berkasar sebegitu....halalkan makan dan minum yad.....redhailah yad sebagai anak....itu pun memadailah....

till then, assalamua'laikum and have a nice day

Comments