menghormati dan dihormati

assalamu'alaikum dan salam sejahtera

i'd suggest you to listen on: salut (spider), numb (linkin park), believe me (fort minor), 

" we choose to whom we'll pay on respects...and they'll choose whether to respect you yourself as well...its something to earn, not to buy neither nor to force by "

bicara soal menghormati dan dihormati, kadangkala kita jadi keliru juga...

atas apakah kita menghormati seseorang itu?

kerana posisi, kuasa dan pangkatnya kah?

kerana taraf umur dan kelayakannya kah?

kerana rasa malu dan segan kah?

kerana takut padanya kah?

atau kerana sifat, sikap dan tingkahlakunya?

dan sekiranya kita mahu dihormati, apakah pula aspek dan sebab yang kita ini mahu dihormati?

bagi aku, hormat tak perlu dicari, tapi lebih kepada usaha untuk memperolehi...

bagi aku, kalau kita sudah cukup menunjukkan ciri dan sifat yang boleh buat orang lain hormat pada kita, itu sudah bagus....

sebab bagi aku juga, penghormatan bukanlah sesuatu yang kita perlu minta dari orang...

sekali lagi aku ulang...atas sebab apa kita mahu orang hormat pada kita?

kalau kerana kuasa dan pangkat, itu tak lama, kerana bila pangkat dan kuasa itu hilang, orang akan mencemuh dan mengutuk...kuasa itu juga adalah gerbang kehancuran, yang bakal membuat orang mudah sahaja hilang rasa hormat....

kalau kerana kita mahu orang takut dan tunduk mendengar kata kita, maka itu juga tak lama, kerana kita ini, Allah jadikan tidak selalu kuat...jadi bila masa kita lemah itulah, orang akan hilang rasa hormatnya...takut juga hanya patut disandarkan pada Tuhan...hanya pada Tuhan...makanya jangan gusar kerana waktu akan memadamkan ketakutan orang terhadap kita...kerana kita tidak akan pernah sekuat Nya...

jika kerana usia, maka itu tidak lain hanyalah untuk memenuhi adat dan adab kemanusiaan... 'yang tua dihormati, yang muda disayangi'...'yang tua terlebih dahulu makan garam'...jadi di sini, hormatnya sekadar hemah dan di atas bibir...sekadar untuk menjaga hati....now here is something to ponder too...bukankah sepatutnya bila dewasa, kematangan itu juga ikut dewasa? dan bagi aku, kematangan juga adalah aspek yang boleh membuatkan orang sangant hormat pada kita...

now heres the part for.....

mereka yang dihormati kerana sikap, sifat dan tingkahlakunya...

bagi aku, itulah yang terbaik...

kerana selalunya orang sebegini tidak mengharap dirinya mendapat penghormatan pun...tapi dia tahu, teladan itulah yang akan membuatkan orang melihat sesuatu secara positif...

dengan perangai dan kelakuan itulah, hormatnya orang lain terhadap orang sebegini akan datang dengan banyak perkara lain...

rasa segan, rasa kagum, idol-being, salutasi....

kalaupun tak terucap kata hormat di bibir mereka, di hati akan berbisik juga...

jadi. lihatlah diri sendiri...

adakah setimpal tingkahlaku kita, dengan perhormatan yang kita harapkan dari orang lain?

dan...

janganlah diharap penghormatan orang, sekiranya kita tidak tahu menghormati orang....

" apapun yang ada pada kita, itu jualah yang akan hilang bila tiba saatnya...jadi hingga tiba saat itu, berkelakuanlah seperti nya bekalan yang ingin kita bawa kemudiannya...hormat orang adalah bekalan juga...kerana ia mampu menjadi doa "

jadi, ketahuilah apa yang mampu membuat orang menghormati kita dengan sebaik baik penghormatan...

but theres something yang patut diambil kira juga...dunia sekarang ini terlalu banyak kebatilan yang sering dicanang canang, sehingga kita jadi tertutup melihat kebaikan orang lain...tertutup untuk berfikir kebaikan orang lain....

tapi tak mengapalah...nasihat dari rakan aku aku pegang erat....

" yang baik tidak Allah sembunyikan, dan yang buruk juga tidak Allah sorokkan...Dia maha Adil... "

jadi untuk aku menghormati orang, aku akan melihat kepada aspek yang boleh membuatkan aku hormat pada nya, itulah akidah, kelakuan, tutur kata juga sikapnya....bukan pada aspek yang sementara...kalau adapun, ia cuma memenuhi adat dan adab kemanusiaan di dunia...

wallahu'alam

till then, assalamu'alaikum and have a nice day




Comments

  1. hormat bkn kt parents..ckgu lecturers je..hormat kwn2 n most of all homat diri sendiri so that x buat something yang kita sendiri malu mengaku.. respect inche empunya blog nie..hahaha..May Allah bless..=)

    ReplyDelete
  2. utk menghormati itu mungkin mudah bila punya pangkat n darjat tp selalunya bila kita sudah mempunyai pangkat n darjat kite kekadang akan terlupe tuk menghormati org lain... kenpe?sbb selalunya kita hanya akn menghormati org lain tuk menjaga pangkat n darjat yg kita perolehi bukan kerna kita ikhlas tuk beljar menghormati... renung2kn n selamat beramal... btw bro nice entri... semoge bro ceria2 dimusim cuti ini (^_^)

    ReplyDelete
  3. ieja> terima kasih...selalunye hormat diri sndri tu yg paling susah kn? sebab yang selalu berlembut dgn diri sndri ni, diri sndri lah =)

    ReplyDelete
  4. eman> yup...peringatan dari diri untuk diri sndri lah sebenarnye ni =) thanx anyway lil' bro...hahaha

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya menghormati orang lebih tua itu adalah satu kewajipan yang dituntut oleh agama & tuhan. Bukan isu adat atau isu kita perlu dihormati terlebih dahulu.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
    "Sebahagian dari tanda memuliakan Allah, iaitu menghormati orang muslim yang telah putih rambutnya" (HR. Abu Dawud)

    Hadis diatas menyatakan bahawa seorang muslim harus menghormati orang muslim yang lebih tua usianya. Jadi yang dimaksud dengan putih rambutnya diatas adalah mereka yang lebih tua usianya.

    Adalah berdosa bagi orang yang lebih muda berlaku kasar, kurang ajar atau biadap terhadap orang yang lebih tua, terutama sekali ibu bapa kita. Biarpun mereka yang bersalah, tetapi kita tidak boleh melawan.

    Akhir sekali renungkanlah dengan hadith ini. Abdullah ibn Mas’ud berkata:

    “Saya bertanya kepada Nabi s.a.w, ”Perbuatan apa yang paling dicintai oleh Allah?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Saya bertanya, “Lalu apa?” Baginda menjawab, “Berbuat baik kepada orang tua.” Saya bertanya, “Lalu apa?” Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah.” (Muttafaq ’alaih)

    ReplyDelete
  6. ok..terime kasih utk perkongsiannya...

    ReplyDelete
  7. welcome..sgt susah..n to do good n right things became too hard..because of ourselves.. =)

    ReplyDelete
  8. itulah yang kena di didik hati supaya beringat... =)

    ReplyDelete
  9. bagi aku kan fayyadh, untuk dihormati bukan perlukan ucapan berjela atau jeritan untuk buat orang rasa kagum dan nampak akan kehebatan kita.
    cukup kata2 pendek yang sangat mendalam dan tutur kata sopan yang menyenangkan orang lain. tak kira la dia tua atau muda. :)

    ReplyDelete
  10. yup...sebab itulah aku tulis kat situ 'atas sebab apa kita ini ingin dihormati?'

    orang akan kagum dengan kita untuk banyak perkara, dan mcm kau ckp, kagumkah orang dengan tingkahlaku yang tak munasabah?

    so you get the point aini? rasa hormat yang sebenarnya lahir dari aspek apa?

    =)

    ReplyDelete
  11. kak liza share entry ni di fb...

    ReplyDelete

Post a Comment