masih begini


percaya pada luka(nashrin), jangan pernah berubah(ST12)



aku masih di sini

dalamannya masih begini

masih dengan rasa cinta yang sama

masih dengan rasa hati yang luka

masih dengan kerinduan yang lara

masih dengan kenangan yang sepertinya tiada hujung

masih bertahan dengan cebisan daya yang ada

aku tahu hakikatnya

kau mungkin dah berubah 

dan harapan kepada sedarnya aku itu

kau menjadi lebih baik

dengan yang lebih baik

biarkan aku begini

kerana inilah yang buat aku masih berdiri begini

ya

aku masih begini

tapi

dengan usaha untuk tidak mengulangi dosa

juga kesilapan yang dahulu itu

penyesalan aku adalah untuk aku bina kematangan di kedewasaan ini

kerana aku juga mahu menjadi yang lebih baik

untuk siapapun yang akan mengisi kekosongan ini nanti





aku masih begini, dan aku harap aku akan kekal begini
dengan kedewasaan dan kematangan sebagai penambahbaikan





assalamu'alaikum, have a nice day



Comments

  1. hmm.... semoge ko sentiase tenang n gembira selalu... luka lame mang lmbt sembuh sbb mase yg menentukan tp ko jgn mengalah pd luka tersebut kalo dak ko akn hanyut memikirkan luka lame... sbb itulah mase mematangkan kita drp pengalaman...

    ReplyDelete
  2. yup...indeed..well, sometimes the pain just come...hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment