genap setahun



assalamu'alaikum dan salam sejahtera

its 22nd of the February, 2.33 am in the morning as i wrote this...

dalam beberapa jam lagi, maka genaplah setahun aku memegang amanah dan mandat itu...

di Luh Mahfuz Nya, amanah dan mandat itu telah pun lama tercatat untuk aku...

setahun ini...

rasanya seperti sekejap pula ia berlalu...

dengan macam macam cerita pendek, sketsa kehidupan, dan plot drama...

tiga ratus enam puluh lima hari sebagai Naib Yang Dipertua Majis Perwakilan Pelajar UITM Perlis, jika dihitung kira dengan teliti, bukan lah semua masa, sepenuhnya, aku gunakan sebaik baiknya...

amanah tak selalu pula aku laksanakan dengan baik...

terfikir itu, hati jatuh pada takut...bagaimanalah di sana nanti...

ampuni aku Ya Allah...

siapa sangka, setahun lalu itu adalah permulaan pada aku yang sekarang?

siapa sangka, setahun lalu itu buat mulanya pada apa yang aku ada sekarang?

siapa sangka, setahun lalu itu lah titik mulanya macam macam sakit cabaran, senyum gembira, marah bengang,  tekanan dan kesedihan?

cuma setahun, isinya sepurnama...besar dan tidak ternilai...

sekejap, benar sekejap...

setahun ini...apakah aku masih seperti dahulu?

soalan untuk dijawab sendiri...

setahun ini, apakah ia telah mengajar aku?

juga soalan untuk diri sendiri...

setahun ini, apa yang telah aku laksanakan?

soalan ini buat aku sedih...apa yang dah aku laksanakan? rasanya macam tak cukup...

betul...tak cukup...

saat ini, aku sedang memegang cebisan kecil kertas...

apa yang tertulis di atasnya adalah cita cita dan apa yang ingin aku usahakan setahu lalu...

berkepal penumbuk aku genggam...

bagaimana aku boleh begitu berani berimpikan seperti apa yang tertulis di kertas ini setahun lalu?

apa yang ingin aku buat itu rupanya terlalu tinggi arasnya...besar usaha untuk mencapainya...banyak risiko untuk ditanggung pula...dan memerlukan keberanian yang tiada pada kebanyakan orang..

" memang tak mudah, tapi tak pula mustahil "

aku cuba juga dahulu, tapi penat nya memang tak terhingga,..

tekanannya di luar apa yang mampu aku galas...

dan sakit itu jika dirasai, tak sanggup untuk ditanggung pun...

~

i've been with them in this one year...they've been my pride and joy, my laugh, my anger, my sadness, my stress, even my secrets behold with them...

they've been family in this one year...good friends, good rivals, good brother and sisters...

kita dah bertekak, kita dah ketawa, kita dah menangis...bersama sama...lepas ini apa?

aku akan ke seberang, dia akan ke kanan, kau akan ke kiri, si itu akan ke selatan, si ini akan kekal di sini...

aku, engkau, dia, kami, kita...

mungkinkah setahun ini berulang lagi, mungkin untuk sehari sahaja nanti?

dan bila saat kita berpisah nanti, kembali ke haluan hidup asal masing masing, apa yang akan ada dalam hati?

" setahun, untuk kenangan seumur hidup "



selamat hari ulangtahun MPP UITM Perlis sesi 2011/2012

selamat hari ulangtahun untuk kita

=)


till then, assalamu'alaikum and have a nice day



Comments

  1. TAHNIAH..untuk MPP semua..berjaya menggalas tugas yang memang mencabar ni..semoga ALLAH membalas kebaikan anda semua..=) btw ada satu benda nak share..

    Untuk kurangkan sakit kepala..

    Surah Al- Waqiah:19

    Baca setiap 7x selepas solat.

    Selawat dan ayat 19 tiup atas air dan minum.

    May ALLAH bless..=)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ieja...untuk setiap doa yang tak putus putus tu, moga Allah balas pula dengan kebaikan yang lain...

    =)

    ReplyDelete
  3. amin..doa ieja berjaya dunia akhirat..insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  4. thank abg fydh,sebab ajar dan cerita bnyk benda kat kami semua...we will miss u ALL,MPP 2011/2012..

    ReplyDelete
  5. sama sama...jadikan teladan pada yg boleh, dan sempadan pada yang tidak

    semoga berjaya =)

    ReplyDelete

Post a Comment