both can be termed as better, so as along with otherwise too


assalamu'alaikum dan salam sejahtera

hye...

lama dah tak menulis...idea banyak, tapi macam malas....and actually, i'm not in the good mood to berceloteh itu ini these several days...

since lotsa people do interested on things i've done lately, so aku akan berkongsi lah sikit mana yang mampu...

=)

anyway, apa nye 'things i've done lately' yang aku katakan tadi?

nothing big actually....

aku berpeluang untuk menapak di bumi orang, dalam program pengantarabangsaan badan kepimpinan universiti

pergi mana?

shenzhen dan hong kong


~ ~ ~

seronok juga ke sana...sebab mungkin niat aku ke sana yang dah aku pasang sebelum berangkat pergi..

so here i am, writing something that can be shared to others...

aku taknak bercakap tentang tempat tempat menarik yang aku pergi, makanan apa yang aku makan, atau barang apa yang aku beli..

aku nak kongsi apa yang aku dapat

sebelum tu, aku nak bagitahu ke kalian pesan ayah sebelum aku naik flight hari tu...

" carilah ilmu hingga ke negeri China "

ringkas...dan aku balas dengan senyuman...

~ ~ ~

 sepanjang keberadaan aku di sana, aku mencari kelainan yang tak aku jumpa di tanah air...

harus aku akui, memang banyak perbezaannya...

dari segi tingkah dan perilaku orang di sana, nilai-nilai kemanusiaan yang mereka praktikkan, gaya dan cara hidup...

ada banyak yang lebih baik, dan banyak pula yang lebih buruk

di sana,

orangnya seperti gemar berjalan, dan langkahnya pantas, mungkin menghargai masa yang mereka ada untuk bekerja mencari rezeki...

hampir sukar melihat orang di sana duduk, kecuali di kedai makan....dan kalau mereka sedang duduk, itu bermakna mereka akan lama di tempat itu...dan yang pasti, akan ada bahan bacaan di tangan mereka...


orangnya lebih menghiraukan kepentingan diri sendiri dari orang lain, tapi masih mengambil kira hak orang lain...

persekitarannya, jauh lebih sesak dari di tanah air, tapi tidak pula terasa susah dan sesak bila aku berada di dalam persekitaran itu...mungkin kerana sifat sistematik yang mereka amalkan...

orangnya berlumba-lumba untuk berjaya dalam perniagaan, tapi sepertinya tidak pula berhasad dengki dan tindas menindas...malah saling membantu pula...

sikap yang mementingkan peraturan dan mementingkan kemudahan orang lain juga
 
perokok akan merokok hanya di tepi tong sampah...
dan tong sampah sentiasa ada dalam jarak yang dekat, di sepanjang ruang pejalan kaki...

peniaga akan membersihkan sendiri longkang yang terdapat sampah hasil niagaan mereka...

dan aku akui, barang secebis sampah mahupun puntung rokok seperti sukar kelihatan di tepi tepi jalan
 
jalanraya juga lebuhraya di sana memang sesak, dengan bas bas mini yang sangat banyak, teksi teksi yang sentiasa ada dan disertai dengan kenderaan kenderaan mewah yang memonopoli ruang jalan...tapi kesesakan itu bukanlah hasil sikap mementingkan diri sendiri, tapi lebih kepada keperluan mereka terhadap sistem yang memudahkan banyak pihak lain...
 
dan mereka gemar membunyikan hon...dengan tujuan untuk memberi peringatan kepada pejalan kaki supaya berhati hati, terutamanya sewaktu melintas....but it seems like there are no hard-feelings occur between them, walaupun dah kena hon yang meleret, bingit panjangnya....kalau di sini, hon tu umpamanya seperti 'mahu cari gaduh' atau 'kau ingat jalan ni kau punya'...ofkos yang kena hon tu pun macam rasa tak puas hati...
 
bandar mereka seperti tidak lekang dengan manusia...sentiasa hidup dengan pejalan kaki...kalau siangnya cerah bermandikan cahaya matahari, malamnya cerah bersulamkan lampu lampu neon

sehingga terdetik hati aku...

"bila agaknya mereka ini tidur?"

~ ~ ~

lima hari di sana bagi aku sebenarnya seperti tidak cukup...

memerhati, mengkaji dan berfikir buat aku seronok...

sebab aku suka belajar dari apa yang aku lihat untk di aplikasi ke diri ini, dan orang lain...

peluang berborak dengan seorang makcik sapu sampah di sana, beri aku banyak juga pengetahuan...

antara yang boleh aku coretkan, katanya...


" di sini, kami mencari peluang, mengejar apa sahaja yang boleh menjadikan kehidupan sesuatu yang lebih baik...jika kamu hanya dapat melihat kemewahan dan kepesatan negara ini, kamu tak lain dan tak lebih hanyalah seorang pelancong, sama seperti kebanyakannya...hakikatnya memang di sini kelihatan seperti sebuah negara yang mewah, dengan rakyat yang kelihatnnya seperti mampu untuk hidup senang...realiti kebanyakan orang di negara ini, kami sentiasa berusaha di luar kemampuan, menyambar ruang dan peluang walaupun ia nampak kecil, dan sentiasa mahu yang lebih baik untuk kehidupan tanpa memberi keburukan pula pada yang lain...kenapa? sebab kami tahu, kadangkala rezeki tidak selalu memihak pada usaha...tapi usaha boleh membuatkan kami berpihak pada rezeki...kami tidak berapa suka mengambil tahu perihal orang lain yang tidak penting buat kami...kami tiada masa untuk itu...kami sibuk memperbaiki kehidupan untuk kebahagiaan diri..."

owh, note that makcik itu seorang yang beragama Islam...

ramai di sana yang berkereta mewah, dressing macam taknak kalah dan keluar dari shopping mall dengan penuh beg barangan di tangan...

tapi banyak juga yang mengutip kotak di tepi jalan, berbasikal tua mencari tin dan menjual barangan pasar di lorong perniagaan...

* * *

itu adalah hari keempat aku di tempat orang, dan aku masih berharap agar aku dapat menimba sebanyak ilmu dan pengalaman selagi berada di sini...seperti biasa, dengan mengikuti tentatif yang dirancang, aku diberi kesempatan untuk berjalan sendiri di Kawloon, bandar yang pesat juga dengan kemajuan dan kesesakan kapasiti rakyat di sana...bertemankan beberapa orang rakan, aku berjalan dan berjalan, bersiar siar melihat persekitaran yang asing...

dengan niat hati ingin mencari kelainan dan perbezaan untuk dipelajari, langkah aku bersama rakan rakan turut disertakan dengan mengambil gambar gambar kenangan untuk dibawa pulang, untuk dikongsi bersama yang lain...sedang waktu yang kain sibuk bergambar, mata aku tertancap pada satu adegan kehidupan yang ini..


seorang nenek, tua kelihatannya, dari kejauhan berkayuh sahaja, dalam singkat, berhenti di sebelah tong sampah bewarna hijau yang sebesar kanak kanak berusia enam ke tujuh tahun...basikalnya yang tadi susur di jalanraya diangkat dengan kudrat ke ruang pejalan kaki, lalu ditopang di sudut yang tidak menghalang laluan, tidak kejauhan dari tong sampah itu...

 lebih kurang macam ni lah tong sampahnya...kalau nak bukak penutup, kena angkat semua terus, sebab penutupnye tutup tong tu sampai ke bawah
*sila abaikan tulisan merah itu... -__-"



sungguh, tidak pula aku sangka, dari apa yang aku agak dari kerut dan fizikalnya, dia mampu mengangkat penutup tong sampah itu, yang kukira berat dan besar.......


kulihat sibuk dia memunggah sampah di dalam tong itu, mencari tin yang dibuang...tapi aku hairan pula, ada baki makanan juga yang turut diambil wanita berkenaan...


lantas aku mengambil keputusan untuk mengekorinya, setelah berpesan kepada rakan untuk menunggu aku sebentar...maka berlari anak aku berdikit mengekori wanita berkenaan, gusar jika aku kehilangan jejaknya...dia lantas masuk ke taman yang terletak di tengah bandar, tidak jauh dari tempat rakan aku menunggu...bisik hati, jika lama perjalanannya ini, aku langsung berpatah baliklah, tidak mahu rakan aku tertunggu tunggu pula...


wanita itu tiba tiba berhenti di sebuah bangku, dekat dengan kolam kecil di taman itu...usai duduk di bangku yang ada, kulihat dikeluarkan sisa makanan dari tong sampah yang dikutipnya sebentar tadi....diramas ramasnya makanan itu dan dicampur pula ke dalam bekas yang sedia dibawanya...


lalu wanita berkenaan meletakkan bekas berisi sisa makanan itu di tepinya...


dan seraya itu, turun lah burung burung merpati mampir ke bekas makanan itu............mematuk matuk makanan yang dibawakan untuk mereka....


aku hanya melirik senyuman sebelah, seperti biasa....dan langkah aku kembali untuk turun bertemu semula dengan rakan yang sedia menunggu...


* * *

di sini aku sertakan lah beberapa gambar kenangan untuk kalian...kebanyakannya aku dapat dari rakan rakan lain...sebab aku tak bawa kemera...hehe..










lagi gambar ada di facebook aku =)


kalau nak ditulis apa lagi yang aku dapat, rasanya panjang lagi entry ni...cukuplah setakat ini rasanya...

yang penting...

" hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri "

- pepatah melayu lama -

owh ya...dan aku telah melakukan sesuatu yang aku rasa sangat style juga...mungkin akan aku kongsikan dengan kalian di lain masa =)

till then, assalamu'alaikum and have a nice day


Comments

  1. Sila post ole ole aku ke Shah Alam ya. Heeeeeeeeeeeeee. Kbai.

    ReplyDelete
  2. Memang Fayyadh lah kaaauuu ! -.-

    ReplyDelete
  3. iaMlittlekhalifah> indeed... :)

    ReplyDelete
  4. rarararrrr> n wuts fhat on fayyadh?.

    ReplyDelete
  5. besnye..wahh npk cam org hong kong better dri malaysian je.huu

    ReplyDelete
  6. on certain degree, they might be...but i'm can't yet agree...sy di sana mcm singkat jgk utk mmbuat pnilaian... :) y dont u exoerienced it urself? klu dah ade rezeki nnt :)

    ReplyDelete
  7. terharu cite nenek tu..may Allah bless

    ReplyDelete
  8. dorg speaking? i mean nenek n makcik tu..setahu ieja kt sana slalu ketengahkan mandrin pd english..

    ReplyDelete
  9. makcik tu orang indon..keje kat situ

    ReplyDelete

Post a Comment