sederhana saja, dah itu yang termampu


assalamu'alaikum dan salam sejahtera



kata ayah...

" apalah ada pun dengan persalinan yang banyak? buat susah dan pening kepala...kita besederhana sudahlah...dah itu yang mampunya kita...jangankan benda yang baik itu nanti jadi buruk pula dek kerana keinginan kita yang tak dikawal... "



tempoh hari, aku sempat pulang ke kampung di Bagan Dato' bersama ayah dan kakak...

pulangnya sebentar saja, memandangkan kepulangan kami ke sana tidak pun dirancang...

aku dan ayah ada urusan di bank kakak aku di Sg Besar waktu itu, dan memandangkan dah dekat, kami langsung sahaja pulang ke sana setelah urusan selesai...

dalam perjalanan, rancak kami bersembang...sedikit jarang untuk kami bertiga begitu...kakak sibuk bekerja, ayah juga begitu, aku pula jarang ada di rumah...selalunya aku di Arau, dan hadirnya aku cuma pabila cuti...

jadi hari itu, kami bicara soal kedewasaan...

tentang kerjaya kakak, pelajaran aku, dan masa depan kami...

dan tentu sekali, termasuk bab rumahtangga...maaf...BAKAL rumahtangga...hahaha

kakak aku lah mulanya bergurau...katanya ingin lekas kahwin...macam dah tak sabar katanya...

aku gelak bersahaja...rasanya aku ni jauh lagi, tak terdesak lagi...so fikir aku waktu itu, baik jangan tambah apa apa dalam perbualan...nanti dikatanya gatal nak kahwin pula...

aku sedang memandu waktu itu...jadi kakak di sebelah rancak bercerita bagaimana bentuk majlis perkahwinan yang di angannya...katanya mahu yang biasa biasa saja...aku gelak lagi...tambah sikit sikit sembangnya..

ayah juga, melawak sekali sekala...dan dalam jenaka nya...ada isi...

bukan perli, tapi nasihat sebenarnya...nada ayah, aku kenal...

dan ini salah satu nasihatnya...


' kahwin itu satunya untuk mencari rahmat...jadi majlisnya jangan sampai menjauhkan rahmat pula...membazir, beli benda yang tak perlu, terlalu ingin megah dan mencari kepuasan kononnnya...kan dah lain tu '


betul cakap ayah...

kami sekeluarga ini cuma sederhana saja...aku tak mahu juga keluarga aku nanti jadi sarat memikirkan hanya soal perkahwinan...

jadi mungkin aku takkan terlalu memikirkan soal perkahwinan...yang akan aku fikirkan adalah soal rumahtangga...

kerana berkahwin itu cuma sekali, tapi yang selamanya itu adalah rumahtangga...

aku tak mahu sesak memikirkan yang sehari, sehingga nanti yang selamanya itu aku lupa pula...

jadi kepada bakal suri hidup aku...

aku minta maaf...majlis kita mungkin akan biasa biasa sahaja...

mungkin sederhana saja...

kerana pada hemah aku, itu yang aku mampu...

memberi kesederhanaan...

jika dalam hati itu nanti, ada pun sezarah rasa tidak dalam hati kau kepada kesederhanaan aku dan keluargaku ini, aku minta maaf...

aku mungkin akan membiarkan engkau pergi kepada sesiapa yang boleh memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kau di dunia ini...

kerana itu mahunya engkau...ketidaksederhanaan...




till then, assalamu'alaikum and have a nice day



Comments