petang yang ringkas, terkesan di hati



" salam puan...puan ada kelapangan? saya ingat nak jumpa puan petang ni? boleh? "

entah dari mana, cetus satu kekuatan dari hati untuk menghantar sms ke seorang pensyarah yang sudah ketiga tahunnya aku kenali di UiTM itu...
 pertanyaanku menerusi sistem khidmat pesanan ringkas itu dibalas pendek sahaja...

' boleh...datanglah...pukul 2 '

gembira dengan kebenaran yang ringkas itu, tapi masih sedikit gusar sebenarnya...

gusar pada kemungkinan...ada apa terkesan di hatikah beliau dengan tingkahlaku aku sebelum ini?

di hati kecil, sudah di tanya, takkan mahu dibatal pula...jadi aku mulai berkira kira untuk bersiap bertemu beliau...

usai bersolat zohor di rumah sewa, aku segera memacu motorsikal ke Blok C di Bangunan Al-Farabi HEA 2...dibawah pohon buluh yang rendang renek itu, aku memarkir motorsikal...sedikit ke dalam, khuatir keterlihatan dek polis bantuan pula nanti, memandangkan kawasan itu bukanlah tempatnya untuk diparkir kenderaan pelajar...

langkah perlahan aku susun ke pejabat beliau...sedikit awal ku kira aku tiba waktu itu...
hampir sejam, aku di balkoni berhadapan kelas C202...getus hati, ingin aku pulang sahaja...kaki malah sudah berangkat meniti tangga turun...

tiba di hadapan Bilik Kuarantin Peperiksaan, aku mematikan langkah...dan kembali bertanya ke diri sendiri...wajar rasanya kalaupun ditunggu sedikit masa lagi...

jadi aku kembali mendaki tangga, berhajat untuk menunggu sedikit lagi di hadapan pejabat Puan Pensyarah tadi...

dalam beberapa langkah menghampiri pejabat beliau, aku ditegur nama dari belakang...


* * *

aku dipelawa masuk kemudiannya...

barang barangnya ke atas meja terlebih dahulu, dan duduknya pula selepas itu...

perbualan kami tak terus bermula...dua orang pelajar, yang tadi sedia juga menunggu di luar, terlebih dahulu dilayan, memandangkan mereka hadir dengan masalah yang lebih mudah diselesaikan...masalah jadual bersilang katanya...biasalah, budak budak repeat subjek...

selesai menguruskan hal, beliau memulakan perbualan...


' sorry...saya di lab tadi...Hazriq datang tanya pasal jadual...lama tunggu? duduklah...takpayah nak buat tak biasa pulak... '

aku cuma tersengih...menarik kerusi keluar dari hadapan meja beliau, lantas melabuhkan dudukku...

' hah...apa cerita? macam mana result yang baru ni? teruk lagi? '

bersembur gelak aku...dan rasa kebiasaan itu mulai dirasakan kembali, seperti dahulu...sukar sebenarnya merasa janggal bila bersama beliau...

' ada contact shaza? ke tak contact langsung dah? '

luruh lagi gelak aku petang itu...aku membalas...

" saya tak rasa saya ada sebab untuk contact dia... "

kami seraya ketawa...


* * *

sibuk benar beliau petang itu...pelajar ada sahaja yang berulang alik masuk ke pejabatnya...kehadiran aku di pejabatnya, terpaksa diabaikan sementara waktu...

masalah jadual bertindan, kelas tak bersusun, dan subjek yang tak dapat didaftar...

diuruskan beliau satu persatu...

selesai, maka barulah aku ini diberi perhatian...


* * *

hampir setahun sudah tak aku ketemu beliau sebenarnya...adapun, cuma tegur sapa yang ringkas tatkala terserempak di bahu jalan, atau cuma senyuman sahaja yang sempat terlempar...

sungguh, terasa lama...

dalam tempoh itu sebenarnya, aku seperti segan bertemu beliau...result exam yang kurang baik buat aku rasa malu...apatah lagi, sememangnya sudah sampai ke telinga beliau bagaimana prestasi aku di UiTM itu selama dua sem sebelumnya...

kami memang rapat, seawal aku di semester semester awal dahulu...sehingga lah aku terjatuh ke ruang masalah pelajaran...itulah saat nya aku mulai sedikit berjauhan...

cenderahati berbungkus yang sepatutnya hadir ke tangan ini dua semester lalu, hanya dapat dipegang aku petang itu...

dibalut kemas, ianya sebuah bingkai gambar berbentuk moden, dengan paparan gambar beliau bersama suami dan si anak...

satu kerinduan hadir di hati...apa khabar mereka?

aku tersenyum...

sudah besar nampaknya Yazid...hampir tak aku cam umurnya...

benar, terasa lama tak bersama mereka...

dan memori kembali bermain...waktu di mana aku dan dia sering di bawa berjalan oleh beliau...

waktu itu jugalah, waktu di mana kami berdua sepertinya mendapat sokongan penuh oleh beliau...

aku tersenyum lagi...


* * *


tak berat sembang kami petang itu...sedikit bergurau, dan perkongsian cerita aku yang baru...
.
perancangan sesi akademik aku, dan juga sedikit perancangan hidup akan datang...

dan seperti biasa, sedikit nasihat dan pandangan dari beliau...

aku kira, antara orang yang sentiasa percaya pada kemampuan aku, itu dialah...

nasihatnya seperti tak pernah meragui aku...

 
* * *


aku kata...

" lifes can somehow be like a ball...thrown into a wall, and it eventually comes back towards the hand of the person who throws it...so, similarly, i won't really blame others for the circumstances i've been through these recent days...cause whatever, whoever the blame to put, it'll always returning back to me...so i'll put the blame on me lah... "

dan selang tak lama kemudian, beliau membalas...

" well, it doesn't really matter on how far will the ball falls...but its really a matter of how high will it bounce back after hitting the wall... "

pendek...tapi terkesan di hati...

aku tersenyum lagi...

seketika kemudian, aku menyatakan keinginan untuk meminta diri...

sebelum kami bergerak ke arah yang bertentangan, permintaan pendek aku ajukan pada beliau...


" saya update ayat tadi kat facebook boleh? "


~


notakaki : beliau adalah salah seorang pensyarah bagi subjek Biologi aku di UiTM Perlis...mengenali beliau seawal di semester satu, dan pada beliau, aku sering meminta pendapat dan nasihat...masih lagi rapat sehingga kini dan Alhamdulillah, beliau sepertinya masih percaya pada aku...terima kasih Puan Roslinda Ismail...

Comments

  1. Assalamualaikum..Bestnya ada lecturer yang rapat dengan abg. Lama ye xde entri. Ieja suka words yg came out dari Puan Roslinda tu. May this sem give you a bright new hope.

    May ALLAH bless u. =D

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..terima kasih utk doa yang tak pernah lekang...

    rajin komen sini ye =)

    ReplyDelete
  3. sama-sama..errr..rajin ke tu? iea memang suka komen-komen blog orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin la jugak...mekaseh ye slalu lawat blog abg =)

      Delete

Post a Comment