tanda tanya dalam hati



rasa apa ini?

seperti berat, sakit dan sesak benar rasanya...

aku seperti keletihan...

dan aku seperti mencari 'aku'

mana 'aku'?

hati, kenapa kau?

kau sakitkah?

kau bergenang air mata...kau sedihkah hati?

apa yang kau rasakan sebenarnya ini hati?

kau rasa bersalah kah? kau rasa bertanggungjawab? 

kau buat aku keliru hati...

apa yang kau rasa, buat aku selalu berdusta di bibir...

kau berbisik, tapi tak terluah..

kau tak rasa percaya padanya?

kau rasa kau tak mampu berada padanya?

kau rasa kau tidak layak?

kau rasa kau tak mampu mengisi ruang nya?

kau takut kau tak dapat mengambil alih memorinya?

kau risau kau tak setanding memori nya?

kau gusar kau tak mampu menyeka airmatanya nanti?

begini banyak tanda tanya pada kau hati...

ini bukan engkau dahulunya hati, jadi mengapa sekarang kau begini pula?

" aku gusar, kerana sudah lama rasanya aku tidak merasa begini...seperti sudah terlalu lama...aku sepertinya lupa bagaimana terbang seperti itu...dan aku sepertinya takut benar perkara lama terjadi...benar kata kau, aku rasa bertanggungjawab, atas apa yang berlaku "

~

di ruang ini, aku berpeluk tubuh...

menggigil takut...benar, aku terlalu takut...

betapa tanpa suara, aku mengadu, berkeluh kesah, dan merayu rayu pada Tuhan...

mataku hanya sorot ke bawah...rasa sungguh berdosa dek kejahatan diri sendiri terhadap dia, terhadap kau...

aku tak pernah begini...

dalam benak, aku berfikir...

senyuman bersamanya itu, mampukah sebegitu manis bila bersama aku pula nanti? atau akan hanya palsu?

cinta bersamanya itu, akankah sebegitu indah bila bersama aku pula nanti? atau akan hanya menjaga hati?

bahagia bersamanya itu, apakah akan terasa pula bila bersama aku nanti? atau cuma sekadar layanan?

jalan bersamanya itu, mampukah menjadi lebih baik bila bersama aku nanti? atau cuma sekadar laluan?

apa perlu aku lakukan?

aku ingin percaya...ingin benar percaya...hati, jangan hilang rasa itu...

jangan lemah, baluti lagi luka, dan jangan jatuh sakit...



" kerana jauh di kedalaman hati, ada nyawa sebenarnya "






" aku akan dan sedang bersiap sedia "


Comments

Post a Comment