hear me say this, as you'll gonna need it someday


assalamu'alaikum dan salam sejahtera


tempoh hari, aku ditanya seorang sahabat yang sudahpun berumahtangga, ketika sedang berjalan jalan di laman sosial Facebook...

' ada nasihat untuk suami isteri? bagaimana cara menghargai pasangan? '

aku langsung senyum tiris...lalu membalas...

' aishh...aku takde pengalaman sangatlah...bercinta cuma sekali itupun...ini pula nak menasihati rumahtangga orang... '

pantas pula dia menjawab...

' tak apa...aku saja nak minta pendapat....semua orang ada kelebihan tersendiri dalam memberi nasihat... '

melihat itu, sengaja pula aku biar cursor di skrin netbook berkelipkelip, selepas si sahabat menjawab demikian...rasanya tak salah memberi sepatah dua ayat walau di hati khuatir kalau kalau mengguris perihal rumahtangga...




makanya, dalam otak mula menyusun ayat untuk dipulangkan kepada beliau, sebaik baik kata supaya tidak menyentuh apa apa sensitiviti...

sejenak kemudian, jari jemari lantas membait ulas ulas ayat yang tadi disusun kemas di dalam fikiran...

usai, dan butang 'enter' ditekan...

 " didik hati kau untuk melihat dia, seperti mana hari pertama kau jatuh hati padanya...dengarlah apa yang ingin dia katakan, sebagaimana itulah ayat ayat cinta yang kau sering ingin dengar darinya dahulu...sabarlah dengannya, sebagaimana sabar engkau mengharungi cabaran untuk memilikinya sebelum ini "

...demikian pesan aku kepada si sahabat...

tidak lama selepas itu, dia membalas...

' terbaik! pendapat yang hebat...seronok ada kawan macam kau...terima kasih! '

tak lama pun kami berbalas chat selepas itu, beliau langsung meminta diri, seraya mendoakan kesejahteraan aku di masa hadapan...

~

bercintanya cuma sekali, pengalamannya tidak lah banyak, ayatnya tidaklah puitis...

cuma bila ikhlas, rasanya berdikit dikit boleh lah membantu...

pesan itu untuk diri sendiri sebenarnya...bila tiba masanya nanti, dengan orang yang akan tiba itu nanti...

insyaAllah...

so, hear me say this, because you'll might need it someday...semua mahu bercinta, dan akan bercinta...

aku juga...


=)
 



till then, assalamu'alaikum and have a nice day



Comments