bercinta...lagi?

assalamu'alaikum dan salam sejahtera

ade ape dengan tajuk entry?

as you can see...thats rather a question which commonly asked to me...

" tak teringin nak cari baru? "

" kenape tak kapel-kapel lagi weyh? "

" takyah nak single sangatlah yad...ayat single takde kat dahi ko "

kuanghajaaa~

kalau dengar ayat member-member aku (especially 0408), memang bole buat menyirap....

 " cinta bukan nadi untuk aku, bukan juga udara untuk aku bernafas jauh lagi sebagai degup jantung untuk berkehidupan...sekurang-kurangnya, bukan sekarang.... "

bukan tak ada, cumanya aku ni....boleh dikatakan bermasalah untuk kembali berduniakan cinta seawal usia...

di tahap sebegini, aku tahu keputusannya selalu sahaja di tangan aku...

tapi.......

baru kejap aje tadi aku melawat blog member, dan tampaknya entry terbaru beliau adalah tentang boiprennya yang baru...

sejenak meluangkan masa membacanya, buat aku menghela nafas panjang...deep in this little heart, i do feel happy for her...well, the last things i know bout her love story is that she is the one who suffers from his ex....

but thats not the point of what i'm going to tell here...

ape sebenarnya yang aku nak luahkan adalah...

i have this kind of...err....uneasy feelings towards myself...

biarlah aku jujur di ruangan ini...kalaupun ada yang terasa, aku minta maaf....tapi ketahuilah, hati aku mulai terbina untuk kebal dan kembali fokus pada jalan yang sedang aku lalui...

" my path of life are not that ease, neither fun as you can have in thoughts...its rather a test-a hard one, where the maturity for me to be well-being had always developing... "



katakan apa saja....

aku takut?

masih menunggu?

tidak percaya cinta?

putus harapan?

tak ada yang mahu?
ya benarlah...aku takut...aku takut untuk bercinta lagi...kerana refleksi diri sedar bahawa aku masih tidak layak bercinta....aku tahu mencintai, dan dicintai itu cenderung untuk mudah melukai dan dilukai....cukuplah...aku ni sebenarnya bukanlah lelaki yang seronok bila ada perempuan mengalirkan air matanya untuk aku...cuma pengalaman itu jualah yang banyak mengajar....aku takut untuk bercinta, kerana aku sendiri akan berani berjanji dan memberi harapan, walhal aku tahu batas dan kelemahan diri...aku tiadalah berkuasa melihat masa hadapan...aku takut, kerana cinta itu sendiri adalah definisi subjektif....seribu kegembiraan yang selalunya akan pula disertai dengan seribu macam kepahitan kemudiannya...ayat mudah...aku takut diri terluka, dan aku takut akan banyak jua hati yang turut terluka kerana mencintai aku....

ya benarlah juga...aku masih menunggu...katakan aku bodoh...aku pulangkan kata-kata korang itu dengan senyuman pahit yang tak sanggup pun rasanya korang nk telankan....but do get the words that i'm saying....aku tak menunggu sebatang jasad yang indah rupawan wajahnya, meliuk lentok gerinya dan ayu manja tuturnya...aku menunggu sesuatu yang kita semua gelar hati....hati yang sedia mencintai aku seadanya, yang sedia sabar dan tidak berputus asa, yang sedia tegar mengetahui ceruk kelemahan segenap ruang badan...hanya kesabaran dan tidak berputus asa, itu yang aku inginkn dari seorang 'hawa'...

tidak percaya cinta? bukan manusialah aku jika itu hendaknya diri...ringkas aku katakan di sini, jika tiada cinta yang dahulu itu, aku tiada di tahap di mana aku berdiri kini...aku tak tahu erti memanjat dan bangun dari mimpi....

putus harapan itu juga benar...aku mulai merasakan yang semua ini hampir karut...mudah kata, aku malas...aku malas mahu manjaga hati orang sedang hati sendiri tidak pula terjaga...aku malas mahu serabut, kerana kini, hampir kerap aku suka bersendirian, berfikir dan memerhati...aku cemuh berkorban, sedang akhirnya mungkin terlupa jua dia akan pengorbanan itu....tapi ini bukanlah bermakna aku mahu berputus asa...tawakal ku kepada Tuhan, itu lah rasanya satu satunya pengisian yang perlu aku garap seusia ini...

soalnya tiada yang mahu, bukan lah sesiapa untuk dipersalahkan...tanggapan boleh jadi bermacam-macam...ada orang kata aku yang jual mahal dan terlalu memilih...ye benarlah itu semua...aku memang memilih...kerana aku ini lelaki yang mahukan hubungan berpanjangan, hubungan yang boleh aku pimpin ke akhir hayat aku....aku tak mahu memilih cinta aku seperti aku memilih selipar crocs di pasar malam....ya, aku memang jual mahal, kerana aku mahu tahu hati yang sanggup menahan kemahalan aku...haha..senang cakap...aku ni sombong di sesetengah mata yang melihat...jadi jika ingin menerima mahkota dari aku, perlulah kiranya dia kuat dan mapan....

bercinta lagi? mungkin bukan sekarang...tapi jika hendaknya Allah menemukan aku dengan seseorang yang bole aku pimpin ke akhir hayat dalam 5 saat sekejap lagi, aku rela bersedia dan membuka tangan...

" keyakinan aku, jua kepercayaan, tiada sikit pun pincangnya terhadap Allah...kerana setakat ini, banyak juga yang telah dibukakan mata ini olehNya..."

akhir kata, hati ini telah aku didik untuk melihat, bukan sekadar mata yang terkurnia...dan dari mata hati itu jualah....aku tahu membezakan keinginan hati mereka yang sebenarnya keliru...

" keinginan untuk sekadar memiliki, adalah jauh bezanya dengan keinginan untuk mencintai...kita sering sahaja terkeliru dengan itu...ingin memiliki itu memungkinkan kita untuk mudah putus asa dan kehilangan cinta...tapi ingin mencintai itu, percayalah, sehingga bila pun kita akan percaya dan tetap rasa hati yang ada... "



....dan aku cuma mahukan si dia itu nanti, agar tidak sedikitpun berputus asa dengan aku.....

till then, assalamu'alaikum and have a nice day

Comments

  1. Gud one fydh ! Focus dgn stdy, kalau dia takdir kau, dia akan dtg walau 5 atau 6 tahun akan datang pun n walau sepuluh lelaki pun yg hadir dalam hidup dia lepas kau hari tu. Sebab yg terakhirnya lelaki dalam hidup dia, insyaAllah kau. Kalau itu takdir tuhan ;) Kan ? Chill n focus your study frst babe :)

    ReplyDelete
  2. thank you...God knows what can be the best untuk hamba hambanya.... =)

    ReplyDelete
  3. wewit! sje2 nak komen.. by the way, sngt puitis! haha... bangga kawan ngan ko yad~

    ReplyDelete
  4. owhh ijaan~ kerinduan padamu...wahahaha...

    ReplyDelete
  5. hahahaha...entah bile plak ah aku nk lepak ngn kau lg... -__-"

    ReplyDelete
  6. terbaik la abg yad

    ReplyDelete
  7. be strong, be strong. people come and goes. what goes around comes around. dunia nie bulat, sentiasa berputar. kalau kat Luh Mahfudz dah tercatat dia untk abg, tak kemana pun jodoh korg oke.

    btw, nice gila ayt. jiwang habis. :)

    ReplyDelete
  8. anonymous> byase byase jee =) terima kasih

    ReplyDelete
  9. nabila> hahaha...pandai lah dye....thank anyway... =)

    ReplyDelete
  10. gud luck abg fydh..stdy leklok 1 day nk jmpa abg kt hospital or ur own clinic..hehe

    ReplyDelete
  11. haha..insyaAlla...do pray for me ye =) n gudluck to you too

    ReplyDelete

Post a Comment