Ruang Pandang Berbeza




"It's funny, you see, how our brains work. We forget things we need to remember, and we remember things we need to forget."

Yeah. It is funny.

If you are reading this now, let me tell you about some little things that I have in my mind.

It's filled with thoughts, mainly about us. The past's memories, the present's silences, and the future's uncertainties.

What do we have in our past, dear?

Well, according to me, there were quite remarkable memories I have inside here.

Ingat waktu pertama kita di depan bersua dan memula bicara? Di ruang pandang hampir mustahil terlirik, dalam celahan hiruk pikuk manusia, menanti bas yang tujunya membawa manusia ke destinasi cuti sempena Raya Cina. Ya. Aku ingat. Masakan aku lupa. Perasaan itu, yang pertama kali hadir dalam hidup. Mana pernah aku buka kan langkah keramat memberanikan hati menyapa si dara yang tak aku kenal pun usulnya. 

Di ruang pandang aku, waktu itu, kamu sungguh biasa. Indah namun bersederhana. Dan tertariknya aku pada kamu, adalah tatkala aku terpandang sosok mu itu, dengan segera hadir rasa ingin melindungi mu. 

Namun, entah di ruang pandang mu bagaimana? Mungkin berbeza.

Ingat bagaimana kita hampir putus asa tatkala kita buntu tak tahu bagaimana menguruskan cinta mu yang lama itu? Entah apa magismu waktu itu, kembali keadaan menjadi lebih baik. Ingin benar aku bertanya, tapi soalan soalan langsung ku bungkam. Tak mahu beban hadir di otakmu. Dan masa di selepas itu buat kita bercanda dan gembira.

Ingat bagaimana kita berlari lari sembunyi cuba menghindari lirik perhati manusia dikanan dan kiri? Ruang pandang aku ketika itu memaksa aku mengalis kamu di belakang tirai umum, keadaan waktu itu sebenarnya terlalu tegang, dengan ancaman dan tohmahan di segenap ruang. Musuh, waktu itu kawan, dan kawan, waktu itu musuh. Keringat luar dan dalam aku merembes hebat cuba sedaya upaya bertahan dan melawan sehingga reda ribut menampar status dan posisi diri. Tak aku cuba jelaskan awal padamu, gusar engkau takut dan tidak bersedia mengisi sisi aku yang selalu saja mencabar dan berliku. Tapi, bukankah aku canang juga di sekitar kecil sana, bahawa aku gembira kamu ada? 

Ingat bagaimana kamu berendam air mata saat bondamu dijemput pulang ke pangkuan Yang Esa? Di ruang pandang aku, jika kau tahu, aku sebenarnya tak lalu pun menenang mata di alam mimpi. Fikiranku ligat mencari lubang bolos untuk ke sana, menenangkan kamu. Namun di teratak aku, aku terantai. Mobil panggilan tak lekang dari tangan, dan di kotak suara aku cuba seusaha mungkin ditenang dan menenang. Gugurnya airmata mu di malam malam hari selepas itu begitu aku kasihi. Sungguh benar kamu sayang pada bondamu. Dan tanpa aku sedar, ikrar aku terpasak diam. aku bisik diam 'akan aku cintai kamu di hari hari kita meniti masa. Takkan sehebat cinta bondamu kepadamu, tapi akan aku usaha jua, sehingga kurang kurangnya, kamu rasa.'

Ingat waktu kita terima berita tentang bagaimana kita akan terpisah dengan jarak yang beribu batu jauhnya? Waktu itu, aku tahu benar engkau gusar. Jutaan kebarangkalian di benak fikirmu, dan melihatkan itu, aku datang dengan jenaka dan konon tawa tak kisah aku. Namun di ruang pandang aku, aku bernada 'Sabarlah sayang. Tahun dihadapan tidak pun lama. Pejam celik, kita akan bersama semula.'
Entah kau pegang atau tidak ayat keramat itu, kerana di dalam ayat itu sebenarnya terkandung makna dan hasrat tulus dari aku. Tentang usaha, setia, masa hadapan, visi dan misi aku. Dan ruang pandang aku kata, kamu kuat. Kerana aku terasa kuat dengan adanya kamu.

Ingat waktu kita kembali ke tempat lama untuk hari gembira bergraduasi? Waktu yang sangat aku tunggukan sebenarnya, sehingga tanpa sedar, ketidaksabaran itu buat aku pulang terlalu awal, meninggal kelas di kotaraya dan terbang ke sawah sana. Dan di hari itu, kali pertama aku bertemu keluarga tercinta mu, wajah redup ayahmu, nakal bising adikmu. Dua insan yang sangat aku rindukan. Entah mengapa aku berani waktu itu. dan yang paling utama, kerana aku lihat engkau bersedia, membawa aku bertemu orang yang berada di tangga paling atasmu. Ingat? Bagaimana aku menyusun tertib dan tatabicara? Di umur kesekian muda, ruang pandang aku meyakini santun dan tutur yang aku ada. Namun, apa yang terjadi dikemudiannya, aku diamkan sahaja. Diam aku memaaafkan kamu. Dan peluang keemasan yang datang selepas itu aku lepaskan lagi, sengaja, kerana di dada tersemat kemas pasak masa hadapan. Demi menjaga kita dan segala yang istimewa. Jika kau teliti orangnya, kau tahu aku ini unik dan lain sebenarnya.

Ingat bagaimana kita terkandas dibawah jejambat, di lebuhraya, tatkala hujan turun menyapa lantai bumi? Dan guruh petir bertepuk tampar di dada langit mengisi warna di pekat malam? Kondisi yang sangat kasihan dan menyesakkan. Walaupun begitu, kamu gagahkan juga mengekor langkahku ke rumah petrol, dalam cuaca penuh cabaran dan kudrat tenaga yang semakin padam. Kagum, aku kagum. Dalam setiap langkah aku memimpin kamu, menggenggam erat tangan dan meneduh ubunmu dari kejatuhan titis awan, buat aku semakin yakin, bahawa aku perlu sentiasa hadir dan ada, untuk melindungi kamu. Ruang dan sudut pandang aku berbisik, 'Jika kesukaran seperti ini disusun di bahagian rak memori gembira ingatannya, sungguh tak sia sia lah aku mencintai insan ini.' Kenang kembali, sayang. Apa rasa mu ketika itu?





Ah. Sudah terlalu lama aku menulis rupanya.





Hampir subuh. Masa berlalu tanpa sedar. 

Masih banyak ingin aku nukilkan. Tentang sekarang yang dirasakan dan masa akan datang yang diharapkan. Jika diselak rapi, masa lalu pun sebenarnya tak cukup ditulis. Semuanya terisi kemas di bulatan akal.

Tak mengapalah. Aku tangguhkan dahulu di sini. Coret seterusnya, diizin Allah, sentiasa ada.

Selepas noktah, tak semestinya mati. 





Apa, ruang pandang kita berbeza?





Comments