Kabus




Jari jemari terketar ketar disetiap hari.

Hati runtun terpandang sayu ruang yang sunyi.

Sakit begini, dimana penawarnya?

Setiap atur dan juga cara dirasakan semua salah belaka.

Tak puas sejadah, di jalanan turut aku berdarah.

Sedar serbi yang sedang kalah.

Di masa ini serba kekurangan.

Membanting keringat mendefinisi kehidupan.

Tiada berharta tiada berpangkat.

Tidak berupa tidak bernobat.

Begitu kurang kah aku?

Bagaimana kau buat hati kau begitu?

Kerana bait janji kemas lipat difikiran ini.

Janji aku dan engkau.

Dan dikebanyakan masa hela nafasku berat.

Kerana hati sarat, melarat.

Masihkah aku dalam do'a mu?

Masih kah?

Atau kini ku cuma kabus?

Sedari tiba hilang tah kemana.

Rasa tiada, rupa apatah.

Kabus.




Comments