di jalan raya itu...(part 1)



selesai kelas petang itu...

dan pulanglah aku ke rumah sewa...

perlahan beg di letakkan, bersandar sahaja aku di ruang bilik...

letih benar aku petang itu...

rasanya banyak tenaga dah aku gunakan dalam membikin dan menyelesaikan assignment serta tugasan akademik yang boleh dikatakan banyak juga sepanjang minggu...

beberapa lab report, projek-projek website, entrepreneur's project plan, assignment subjek occupational english...

ditambah lagi dengan ulangkaji ekstra yang perlu dibuat, persediaan untuk kuiz dan test yang bakal menjelang...

buat aku rasa sedikit terhimpit dan stress...

positif...maka, aku anggap semuanya adalah cabaran, bukannya masalah...

orang lain boleh lepas, cemerlang lagi...kenapa aku tak boleh?

positif lagi...
 
~

motorsikal perlahan keluar dari laman rumah sewa...cadangnya ke kedai, cuma untuk ditambah nilai kredit telefon yang dah tamat tarikh luputnya...tak luak mana pun sejak di topap minggu lalu...

perlahan saja aku pulas pemegang minyak...tak bercadang pun untuk berlekas lekas...

selesai telefon di topap, terdetik hati hendak ke Kuala Perlis...

sedang elok, kepala pun terasa tepu...perlu ke satu tempat untuk bersendirian...

jadi, mulalah deras sedikit aku memacu motor...menaiki flyover, menuruti papan tanda petunjuk arah ke Kuala Perlis...


image sources:http://photoblog.amzari.com/


tenang lebuhraya Kuala Perlis petang itu...sekali sekali kereta datang memotong...jalan itu, selalunya aku besitkan saja...lurus...

kali ini, bersahaja...petang belum mahu ke senja, jadi tiada apa yang nak dikejarkan...

angin sepoi di petang sengaja aku biar menampar badan...harapannya moga diringankan badan, menghilangkan letih yang ada....

lirik mata aku tak tetap hanya di jalanraya...sesekali ia tercampak ke tengah sawah di sepanjang jalanraya itu...

hijau...

belum musim menuai...kalau tak, pasti kuning saujana memandang...

tenang...

ada kesenangan datang dalam hijau yang aku pandang...

pada jalan raya itu, masih ada pemandangan yang cantik...

sekejap sekejap lari nya pandangan aku ke keindahan, utamanya tetap ke jalan raya juga...

pada jalanraya itu, ada lubang lubang lopak...dalam dan tiris...

sekali sekala, meliuk liuk lah aku mengelak...tak mahu diredah pula lubang yang ada...gugur barai pulak isi motor nanti...

 di kiri dan kanan jalanraya, diselangi batang lampu, berselang mengikut ukur seragam mereka masing masing...

juga dikiri dan kanan jalanraya, terpampang papan papan tanda tunjuk arah...masing masing dengan paparan anak panah untuk ke satu satu destinasi...

sedikit ke hadapan, ada pula jalan susur masuk...ke Kangar mungkin, ke Alor Star juga mungkin, kembali ke Arau juga mungkin...

aku cuma terus...destinasi ku tidak memerlukan aku memasuki mana mana interchain...

halanya motorsikal yang aku tunggang, adalah ke hadapan...


~
 
sedikit tersentak aku dari leka di atas motorsikal...

aku terperasan sesuatu...kelibat peneropong jalanraya, di sebelah kiri jalan buat aku mulai menekan brek sedikit kuat...jarum meter kelajuan deras turun ke angka 80, bawah sedikit dari kelajuan biasa lebuhraya..

speedtrap...

nyaris betul...

kelajuan di 80 km/j itu aku kekalkan...

tak apalah...mungkin boleh dielakkan kemalangan...

positif...

pacuan motor tetap diteruskan...
~
selang beberapa meter di hadapan, kelihatan ada kesesakan...

tertanya - tanya aku...apakah?

kemalangan? flyover runtuh? lembu kena langgar?

salah sama sekali...

roadblock!

getus hati, apalah waktu begini di buat roadblock?

baguslah tu...jalankan tugas...kalau tak dibuat, kan tak bekerja namanya...itu jadi gaji buta...

positif...
dalam hati, mulai berkira kira...
lesen? hidup...roadtax? hidup...motor? halal...helmet? elok...apa lagi? 
selamat lah gamaknya...saya pengguna jalanraya yang berhemah..mohon di contohi...
 perlahan aku mampir, dan semakin perlahan bila mulai melepasi anggota keselamatan yang memeriksa kenderaan...
tiba tiba, aku disuruh ke tepi...

tak apalah...pemeriksaan biasa sahaja kot...

di renungnya aku, atas bawah...atas bawah...

" adik, nombor plat motor ni kecik...tak ikut standard... "
perlahan dikeluarkan buku keramat...

maka menyumpahlah aku dalam hati...

suhu hati naik mendadak...

sabaaaarr yaaadd...puasa nak dekat...ni kira training la ni...

positif sungguh!

dengan keselambaan, nota cinta jalanraya di hulur...dengan kepasrahan, nota cinta itu aku terima....

. . . . . . 




. . . bersambung. . .




Comments