di jalan raya itu...(part 2, end)



. . . . . . 

dah malas aku nak ambil port pasal saman tu, maka aku pun melipat surat saman tadi sekadar lipat...

enjin motor deras aku hidupkan, dan dengan segera aku meneruskan perjalanan selepas memberikan senyuman terikhlas dalam hidup aku kepada pegawai yang bertugas tu...

kerumunan kenderaan yang ditahan di tepi jalan itu aku tinggalkan di belakang, perjalanan diteruskan...


~

jalan besar yang aku lalui tadi mulai beransur kecil, dan pemandangan yang sebelumnya lapang mulai dipenuhi dengan pokok pokok rendang yang tumbuh meliar...

gerai makan, rumah kampung, deret kedai...

semua pun ada...menambah corak yang dapat aku perhatikan di sepanjang jalan...

sesekali aku ditahan oleh lampu merah lampu isyarat...jalan yang sedang aku lalui kini sudah mulai menampakkan banyak simpang kecil...kenderaan sarat keluar masuk, melalui simpang yang ada...

sedikit di hadapan, aku terperasan papan tanda peringatan jalanraya...




sign board U-Turn, amaran had laju maksima, dilarang meletakkan kenderaan...

merata rata signboard di sepanjang jalan yang aku lalui...

sesekali sahaja aku endahkan...

dari kejauhan, kelihatan seorang nenek dan anak kecil berdiri di bahu jalan...

nenek yang memimpin tangan si anak, atau si anak yang memimpin neneknya? taklah dapat aku huraikan keadaan yang sedang aku lihat waktu itu...

brek kaki ditekan, getus hati, elok kiranya aku berhenti...sekadar bagi laluan, itu memadai rasanya...

dari tepi jalan, perlahan si nenek menapak...si anak kelihatan sabar, dengan tangan memegang bungkus plastik bewarna merah...isinya tidak dapat aku teliti...

tak semena mena aku turun dari motor, menopang tongkat, dan mampir memapah nenek tua tadi...

rapuh benar tangannya...perlahan aku sambut, cuba sedaya upaya melembutkan papahan, gusar jika menyakiti pula kudrat tuanya...

tindakan aku itu, buat si anak terperanjat...begitu juga neneknya...lalu aku lemparkan senyuman bersahaja...

tak jauh pun aku membantu, selesai, dan lekas lekas aku kembali ke motor...biarlah tak aku dengar ucapan terima kasih...naluri manusia aku tak betah melihat keadaan orang begitu, kasihan, maka barulah mereka aku bantu...tidaklah aku mengharap apapun...sambil melintasi mereka perlahan, aku lempar senyuman ringkas sekali lagi...

dan tombol minyak kembali ku pulas kuat, kembali meniti jalan raya...


~


tunggangan yang tadinya laju, mulai perlahan...

dah nak sampai pun, maka aku bersahaja melayan angin...

perlahan aku rasakan gegaran telefon bimbit dari dalam poket...

bersahaja juga, sebelah tangan kiri aku disusup ke poket, perlahan, membawa keluar telefon...ada mesej...lantas inbox aku buka, sedang motor masih bergerak...

sesekali mata ke jalan, berselang selang dengan hadapnya ke mesej di telefon...

' yad, ada mana? aku nak guna motor '

mesej dari member rumah...

nampaknya aku kena pulang cepat...perlu ke aku berpatah balik? kuala perlis cuma tinggal dua tiga selekoh saja lagi...nak terus sahaja? atau nak biar member tunggu? penting ke urusan dia pun?

otak ligat...berfikir mencari keputusan...


~


matahari senja perlahan lahan jatuh di garisan laut...

langit mula diwarnai jingga...

' takpelah yad...aku keluar dengan yen '

mesej ringkas dari rakan serumah tadi masih tidak aku padamkan...

aku tersenyum, dan kembali melayan pemandangan cantik matahari terbenam...

seketika aku berdiri atas batu, terkenang sepanjang perjalanan yang sebenarnya singkat tadi...

hati mulai disentuh sesuatu, ku kira sesuatu yang hadir dari kuasa Ilahi...


~


dari sebatang jalan yang aku lalui, teribaratlah sesuatu yang dapat aku fikirkan...

seperti sebatang jalan yang penuh dengan corak, begitu juga umpamanya sebuah kehidupan...

dalam hidup, kita akan sentiasa ada masa hadapan, seperti jalanraya yang sedang kita lalui...lurus, bengkok, pusing pusing, kona kona, naik bukit turun bukit...macam mana pun kiranya masa hadapan itu, ia tetaplah jalan yang perlu kita lalui...dan bagaimana bentuknya hidup kita, kita lah yang bentuk...do'a, tawakal, usaha, yakin, dan positif...semua ini lah antara elemen yang membentuk kehidupan...jadi, tentukan bagaimana cerita kehidupan yang kita mahukan, setelah hidup yang Tuhan berikan pada kita hari ini...

dalam hidup, kita akan jumpa ramai orang...umpama papantanda disepanjang jalan, akan ada di kalangan mereka yang selalu saja memberi nasihat...ada pula yang suka mengingatkan...ada yang sering menunjukkan arah...ada juga yang sering menayangkan 'iklan'...tak kurang juga yang memberikan kita rasa berjaga-jaga dan waspada...kerana dunia ini tidak Allah ciptakan untuk kita seorang, dan Allah juga tak ciptakan kita seorang di dunia, maka rasionalnya, kita perlu bijaklah memilih siapa orangnya yang boleh dibuat sahabat...yang pasti, setiap mereka itu sebenarnya memberikan pengajaran untuk kita fikirkan...

dalam hidup juga, akan sentiasa ada halangan, cabaran dan ujian, sama seperti lubang/lopak dijalanan, encik pegawai yang memberi saman, lampu traffic light, speedtrap dan roadblock ...sesetengahnya boleh dijangka, dan sesetengahnya pula datang tiba tiba...sekarang beritahu aku, ada siapa yang suka hidup tanpa cabaran? kalau ada, itulah orang yang rugi, membosankan, dan takkan berkembang...kalau hidup ini sesuatu yang mudah, rasanya kita takkan tahu menilai erti kehidupan dengan baik...ujian buat kita tahu apa kelemahan dan kekurangan, halangan adalah sesuatu yang perlu kita lepasi, dan cabaran adalah perkara yang buat kita jadi lebih baik...

juga dalam hidup, sentiasa lah gunakan dan ciptakan kemampuan untuk membantu dan memberikan sesuatu...

yang pentingnya dalam hidup ini, adalah bagaimana kita memandang kehidupan yang kita miliki, kerana pada setiap kehidupan ada 'pemandangan'nya yang tersendiri ...kita semua ada destinasi...ada matlamat, ada sesuatu yang ingin dicapai dan diinginkan...jadi, harungi lah jalan kehidupan seperti anda mengharungi sebuah jalanraya yang diwarnai pemandangan indah, dipenuhi papantanda jalan, di selangi susur keluar masuk, dan lampu lampu jalan yang menerangi dikala malam menyusul...


terkadang melihat signboard U-Turn, terasa pula ingin berpatah balik...signboard yang lain, tunjuk arah kiri untuk ke Alor Setar, kanan ke Kangar, dan terus ke Kuala Perlis...jadi yang mana ingin kita pilih? terlihat pula amaran hadlaju 90km/j, tapi terdetik pula hati nak pecut lagi laju...

kita tentukan...

kerana apa yang pasti, pada setiap kehidupan, akan sentiasa ada pilihan...dan bila ada pilihan, itu bermakna kita perlu pula membuat keputusan...


" tak Allah ciptakan barang satu perkara pun sia-sia...kerana setiap perkara itu ada hikmahnya, bergantung pada bagaimana bijak kau berfikir "


aku pilih untuk tidak berputus asa...aku pilih untuk tidak membuat U-Turn...aku pilih untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang tetap sama...

tapi andai satu hari nanti, Allah bukakan pintu rezeki aku pada destinasi yang lain, maka waktu itu, akan aku siap sediakan diri dan kenderaan yang akan aku naiki melalui pula jalan yang baru...

Wallahu'alam


until then, assalamu'alaikum and have a nice day



Comments