aidilfitri sahaja



assalamu'alaikum


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012!


pic credit to: sepisendirian.blogspot.com



kesempatan masa yang ada ni, aku ucapkan selamat hari raya untuk kalian, dan serendah hatinya aku memohon kemaafan seikhlas hati dari kalian untuk kekurangan dan kelemahan yang aku miliki...moga kalian dibalas kebaikan oleh Tuhan pula nanti...


~


bila bercerita soal raya, selalunya dalam cerita itu akan ada paparan kemeriahan dan keseronokan...

well, mine was similar, but still, practicing some little modesty in its term ...

aidilfitri aku biasa sahaja...masih lagi menyeronokkan, tapi rasanya mungkin sebab dah besar panjang macam ni, makanya begitulah perasaannya...

aku dididik, Aidilfitri itu adalah kesederhanaan...meriah, tapi besederhana...

jadinya, begitulah...

aku balik ke Kuala Selangor, pagi 28 Ramadhan tempoh hari...sibuk dengan kerja, buat aku ralit untuk membeli belah bagi persiapan raya...

takde baju baru, takde seluar baru, takde gepren barutakde apa pun yang baru...

no big deal pun sebenarnya...dah besar besar ni, itu bukan elemen penting untuk aku raya...

so, malam sebelum 1 Syawal, seperti biasa, berada kampung (tahun ni di Bagan Dato' dulu)...opah buat open house untuk baraan (yang tak tahu baraan tu apa, mohon tanya orang tua tua)...jadi malam tu aku tolong buat persiapan...





since opah memang tiap tiap tahun participate untuk rumah baraan, so preparing for the event aren't that serabut after all...and masa aku sampai pun, there's nothing much to be done...

so itu lah kerja aku malam raya...dengan family di kampung, buat preparation untuk open house sambil melayan bunyi dentuman meriam paip konkrit...

melihatkan keadaan macam ni, makanya, sape nak jadi bini aku nanti, antara kriteria yang aku shortlisted-kan adalah: beliau harus mempunyai telinga yang tebal untuk mendengar meriam meriam ni beraksi time malam raya...sebab bunyi nye, nohorom kuat...takat rumah papan, kompom begegor...kereta BMW pun meraung alarmnya dengan meriam meriam tu...

aku tak main...aku budak baik...ini serius...mohon percaya...hahahaha

apapun, pagi raya tu aku pakai baju raya tahun tahun lepas...orang hensem, pakai apapun hensem jugak...itu ayah aku lah cakap...macam betul kot cakap beliau...




baju melayu tu aku jarang pakai...so, it does look new most of the time...

setel pagi tu, then kami se-family pun keluar lah menziarahi saudara mara...

malam tu barulah aku balik ke Astana Raja...

di sana, takde ape kelainan yang menarik untuk aku kongsi...

semua berjalan juga seperti biasa..

melawat rumah saudara mara yang dekat...

tak ramai pun, sebab kakak aku kena kerja esok (raya ketiga), so, aku balik awal ke Kuala Selangor...selalunya bila balik ke rumah wan di Astana Raja ni, aku akan ke rumah makteh...tahun ni tak berkesempatanlah...kira puasa hari tu aku datang tu, kira topap awal lah tu...

kiranya, Syawal ke-3 tu aku ada dah kat rumah...tapi menyepi je...sebab rumah belum habis kemas...

Syawal ke-4 barulah pintu rumah dibuka seluas luas alam...

owh, Syawal ke-5, baru aku gerak ke Jusco Bukit Raja untuk beli baju baru...tenang je aku berjalan sorang pilih baju...macam tu baru boleh shopping sakan..takde orang pun kesah, sebab memang takde orang pon...hahaha


~


so itulah Aidilfitri 2012 aku...sarat dengan kebiasaan...

gambar pun tak banyak yang sempat aku ambil...sebab kamera iPad pun bukannya tinggi pixelnye, and masa aku banyak habis atas jalan...

even so, i still enjoy the raya i had this year...

kalau tak menyeronokkan diri sendiri, bila lagi? plus, tahun depan, belum tentu kita diberi kesempatan untuk beraya...so, have a blast selagi ada masa...



" definisi kebahagiaan bagi setiap orang itu berbeza...jadi, cipta detik kebahagiaan yang diri kita mahukan, mengikut cara yang kita mahu dan mampu...kerana itu adalah apa yang ingin kita syukuri pula kemudiannya...jika kita tidak gembira hari ini, mahukah kita bersedih juga esoknya? binalah kegembiraan yang kita mahukan, tanpa mengabaikan pula kebaikan pada yang lain "



till then, assalamu'alaikum and have a nice day



Comments

  1. Selamat Hari Raya..Semoga Syawal kali ini dapat beri kita 1001 experience yang paling berharga. Juga HAPPY BELATED BELATED BELATED BELATED...(ok sambung esok).....BIRTHDAY.. =D
    Kali ni time raya pulak ye birthday abg..

    Maybe this is kind a late though, I hope you’ll have an amazing year to face and a great success to achieve. When or wherever you are and whatever you may do or be. I can only wish may ALLAH’s bless will always be with you. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww..panjangnye wish ieja... tak larat la abg nak balas...haha

      teria kasih eija :) selamat hari raya...semoga dibalas balik kebaikan yg ieja buat...insyaAllah :) terima kasih sbb selalu do'akan abg jgk

      Delete

Post a Comment