orang tua itu, dan perkongsiannya di subuh hari


assalamu'alaikum dan salam sejahtera

pagi sabtu itu, aku menjejakkan kaki lagi di Klang Sentral...

setelah hampir tiga minggu menyambung intersesi di Perlis, aku berpeluang lagi untuk pulang ke Selangor untuk cuti singkat sempena cuti Hari Buruh...

tujuannya pulang, untuk mengkhabarkan keputusan peperiksaan semester lalu pada ayah dan ibu, sambil berhajat untuk meleraikan kekusutan otak sewaktu di kejauhan...sudah tentu, kerinduan pada gitar aku di rumah tu buat aku senang untuk pulang...

selesai solat subuh, aku mengambil keputusan untuk keluar dari ruang sentral, dan jika ada rezeki, ingin aku jamah ringan sarapan di warung makan di hadapan sana...Alhamdulillah, warung sudah dibuka...

mampir aku di warung itu, dan langsung, aku labuhkan punggung di bangku tidak bersandarnya, beberapa saat sebelum aku dihampiri pekerja warung untuk diambil pesanan...

kopi O suam, dan tiga keping roti bakar sudah memadai ku kira...

sengaja tidak aku hubungi ayah dan ibu di rumah waktu itu...rasanya kurang hemah pula dikejutkan ayah dan ibu seawal pagi begitu...jadi aku rasa, biar memanjat sedikit cerahnya pagi, baru rasanya wajar aku menelefon ke rumah...biar lambat sikit pun tidak mengapalah...

dari kejauhan, terlihat kelibat seorang tua berkayuhan...bersahaja aku perhatikan...sedikit terganggu hening pagi itu dengan lintas lintas mobil dan motor...pagi mencari rezeki buat mereka, rasional ku...sedang sorot mata aku jatuh mengekori datangnya orang tua tadi, telinga pula menangkap suara penyampai berita di televisyen waktu itu....berita pagi...

tidak kelamaan, si tua itu tiba di warung tempat aku berlabuh...di topangnya basikal tuanya, dan perlahan mampir kepada ku...

senyuman pertama aku pagi itu aku berikan padanya...cukup manis ku kira, kerana sejenak kemudian, ia berbalas...lalu sengaja pula aku pelawa dia duduk di hadapan...dia menerimanya...

dan kebetulan saat itulah, si penyampai berita mngulas laporan berkenaan pemansuhan salah satu skim pinjaman pelajaran yang terdapat di negara ini...kami sengap sebentar, memberi peluang pada corong televisyen berkata kata...

...dan tatkala selesai sahaja diulas laporan berkenaan, kedengaran hela nafas yang berat dari si tua dihadapanku...

tanpa dipinta, dia mulai berbicara..

' adik tahu bagaimana orang dahulu sanggup bergolok gadai, berhutang piutang, hilang harta untuk menyekolahkan anak? '

aku sedikit gumam...lalu aku balas pendek...jawapan ku cuma untuk menyatakan yang aku tak tahu....

' ceritanya orang dahulu sangat mengharapkan bantuan, biarlah bentuknya hutang pun...ia bukan untuk perkara lain, untuk dicari ilmu juga, dan ilmu itu untuk kehidupan yang lebih baik...unutk ke peringkat yang lebih selesa, dan untuk dibayar pula apa yang dipinjam... '

aku cuma senyum, lalu gerak tubuh aku bahasakan tanda minat mendengar bicaranya...hemah aku, ia menang didengar...

dan selesa si tua menyambung perkongsiannya...

' untuk sesuatu yang luas, yang berharga, adalah lumrah jika ianya mahal...dan ramai yang muda ini tidak menyedarinya...zaman pakcik dahulu, bergolok gadai...bahkan jika airmata boleh ditukar ganti dengan bayaran pembelajaran, nescaya akan seharian bermalam mngalirkan airmata...'
 
si pelayan datang membawa pesanan...perlahan diusung dua cangkir dihadapan kami...aku sedikit hairan, rasanya si tua ini tidak pula diambil pesanannya tadi...

lalu bicaranya disambung lagi....sambil aku menghirup air yang dipesan tadi, selepas masing masing mempelawa sesama kami...

' kerana sedar apa yang digunakan adalah pinjaman, maka dahulunya, semua begitu berusaha...gusar tak dapat diganti semula yang dah dipinjam...tapi sedar pula di hati, kejayaan, dan yang baik selepas itu, bukan untuk dibayar hutang semata mata...ia tidak lain untuk diri sendiri juga...kalau ada pun nak dikongsi, itu pun lebih kepada orang yang disayang...dahulunya, ada seorang yang pakcik kenal...bijak orangnya...tapi kerana sukar mencari sumber untuk ditanggung pengajian, maka dia di situ jugalah tidak berganjak...hidup juga, tapi disitulah...tidak ke depan... '
 
tiba pula sepinggan roti bakar, yang juga tadi dipesan aku...si tua masih menyambung bicara, dan aku lekas menjamah makanan yang baru sampai tadi...
 
' selalunya, kerana yang lebih gusar itu adalah si ayah, si ibu, gusar sungguh pada masa depan anaknya, maka cara itu jadi satu cara untuk digantungharap...kerana tahu tak mampu dicari cara lain, maka katanya tidak mengapalah dipinjam dulu...dan percaya, yang si anak anak ini akan berusaha'

air minumnya si tua sudah kelihatan tiris...sebentar sahaja rasanya dia berbicara...si tua lantas berdiri, memohon pula untuk beransur pada hal yang ingin dilakukannya...aku turut berdiri, penepuk-nepuk sisi peha untuk membersihkan tangan yang tadi memegang roti tadi, dan menghulurkan salam...

si tua tersenyum saja,dan disambut salaman aku...dan sempat dikhabarkan secubit lagi cerita, dalam nada yang sedikit halus tetapi jelas...

' adik, kalau pakcik ada apa yang adik ada sekarang, percayalah, adik tidak akan melihat dan berjumpa pakcik begini...ceritanya kerana pakcik tak dapat apa yang macam anak anak muda di universiti sekarang ini dapat...tidak dibantu seperti apa yang kalian dibantu sekarang...itu buat pakcik sedih, sedikit marah, dan sangat kecewa '

senyumannya pahit dan kemudiannya...aku tenung sedikit gumam senyumannnya...tangan kami mulai lerai dari bersalaman...dan si tua langsung beralih ke luar warung, melihat ke langit, dan kembali menoleh ke aku...senyumannya kembali manis...walau dalam kedut kedut di wajahnya...sekali dia mengangkat tangan, saat dia sudah mulai ingin berkayuh...usai, dan digagahkan kudrat memulakan kayuhan...

...semakin, semakin dan semakin jauh dari sorot anak mata aku...

aku kembali mlihat jam...sudah waktunya aku menelefon ke rumah, mengkhabarkan berita ketibaan aku di Klang Sentral ini pada ayah dan ibu...

~

aku ini ditanggung oleh ayah dan ibu sepenuhnya...jadi mungkin ia tak buat aku terasa sehingga ka lubuk hati...tapi yang buat aku berfikir adalah apabila rakan rakan aku yang lain adalah subjek pada cerita yang dikongsi si tua tadi...bagaimana agaknya?

till then, assalamu'alaikum and have a nice day



Comments

  1. Assalamualaikum..lama tak menjenguk. kalau la ieja subjek dlm cerita tu rasanya ieja pon xdapat sambung study even untuk diploma. Result baru-baru ni insyaALLAh rasanya banyak bagi pengajaran untuk ieja. Dan as one of uitm students ieja mmg rasa bertuah sgt.byk privilege yg kita dpt. dlm jalan-jalan hidup abg ni byk ALLAH temukan dengan insan-insan yang boleh sedarkan kita.

    May ALLAH bless u..=)

    ReplyDelete

Post a Comment