Sesak Dada
Bernafas berat sebenarnya
Degup tak berombak lancar
Risau mula kelubung
Aku ke dasar terlalu jauh
Sesak dada
Aku jatuh lagi
Dan lubang kali ini berbeza
Kali ini, sukar
Menulis pun aku dah rasa tak mampu
Berlagu pula terasa sayu
Rasa mahu berhenti dan pergi
Tapi tak mahu dengan urusan di sini yang masih berbaki
Serba salah
Dan tiada arah
Comments
Post a Comment