Ekspresi Diri



Di usia ini, 

aku kira banyak yang telah aku lalui.

Bagaimana aku tahu?

Aku tilik cara komunikasi, nasihat dan pesan aku,

kepada mereka yang suka mendengar aku bicara.

Mencacah coret pengajaran ke cuping manusia, sesekala menempelak ke muka sendiri sebenarnya.

Kerana bagaimana lagi mahu aku dengar teliti bait dihati, kecuali yang aku susun keluar sendiri ke manusia seisi.

Kebenarannya ada disini.

*tunjuk dada sebelah kiri*

Ini yang sedang aku jaga, pelihara.

Aku tak mahu ia luka lagi.

Dan aku tak mahu yang lain turut serta, baik yang sedang kena mahupun yang akan semuka.

Dan nasihat aku kini bertukar warna. Aku tamparkan realiti lebih dari fantasi, kerana kita hidup kini di dunia yang serba menyakiti.

Denai di hadapan masih belukar.

Tapi aku sasa kan seisi lembaga, melangkah kejauh sehingga bakalan sayup.

Sepeti ilmu, ditempa pengalaman, bertatahkan iman.

Di atas denai ini, aku ekspresi.

Melirik senyuman sejuta makna.

Yang takkan kau tahu lagi apa pun jua siratnya.

Belum, belum cukup lagi.

Apa yang ditempa di dalam hati, belum, belum cukup.

Aku ekspedisi mencari, potensi diri kekuatan hati.

Aku, tak mahu seperti kau. Dioleng ombak lah baru, malah teriak sehingga biru.

Aku mahu zuriatku bangga. Bertunaskan manusia tak putus asa. 

Aku mahu berdiri tampan, aku mahu melangkah mapan.

Cita picisan kini kuburan. Biar. Aku lain.

Dada ini akan ku isi. Dengan cerita yang bukan dongengan.

Dan ekspresi akan ku baiki, supaya tersadung manusia yang menghakimi.

Biar datang cinta yang tepat, walau aku, ada pun cacat.





Do'akan yang baik untuk aku, untuk denai yang berliku, dan untuk kita.



Comments

  1. Assalamualaikum.
    Lama tidak mencoret tinta kata di sini. Hoping you are doing great. Cuma ingin mengucap kata semangat semoga terus kuat untuk melangkah menghadapi segala onak ranjau dihadapan sana. Didoakan agar tidak kembali tergelincir meluka sekeping hati kecil yang berbalut suka duka itu. Moga berjumpa sinar bahagia yang dapat memadam segala resah dan gundah. Semoga sentiasa diberi kekuatan dan dalam lindunganNya. InsyaALLAH. He’s testing you. You are great and strong enough to overcome this. May ALLAH bless.

    ReplyDelete

Post a Comment