Akhir di Mula




Greetings, people.





Its been awhile since the last post.

Lots of things had happened since then.

I thought life would do me some favor. But life itself never meant to be easy..

..right?



Tahun Baru 


It's a new dawn upon 2015. And 2014 had written some challenging and emotional storyline until its end. Until its very end.

We started back in 2012, and we ended things up in 2015.

Selama hampir 3 tahun ini, aku bersama dia yang dah aku anggap macam diri aku sendiri, dengan ketawa, senyum, menangis, sedih, merajuk, pujuk, marah, tenang..

..dan cinta.



Jarak


Aku masih ingat ayatnya saat kami diambang kejauhan dahulu. Terpisah beribu batu buat dia gusar. Aku masih ingat bagaimana nada hibanya. Dan aku masih ingat bagaimana aku bergurau cuba menceria. 

Gurauan niat untuk mahu dia percaya, tabah dan tidak berputus asa.

Sesekali menjengah ke sana aku isyaratkan sebagai bukti aku tak pernah jauh.

Hati tak pernah goyang.

Dalam jarak, aku usaha. Memahat hati sedaya rasa, berdiri setia meniti masa, berperang tenang mengais wang.

Untuk terbang pergi ke dia, untuk bekal bawa gembira.

tapi...

..entah kenapa, remuk juga. 



Salah Aku


Aku selalu tiada. Aku akui. 

Bekal yang aku cuba tabungi, senja hari mengais isi di sini buat aku leka dan terlupa, dia menanti dinihari di ruang pintar kotak sosial.

That's the only place for her to know what I've been doing.

I've been proud in my circle, telling others how tolerate my woman is, how understanding she could be.

Without noticing, it slowly kills her, fading away the feels in her heart.

Until she is strong enough to breathe without the blow of my love.

Dan gurauan gurauan aku malah pula menambah mamah di hatinya.

I thought i've been doing things right, and been doing the right thing.

And her heart changed, never to be the same.

She changed.



Tak Cukup


Aku. 

Bukan tak pernah memberi telinga, bukan tak pernah meminjam rasa, bukan tak pernah memberi kata.

Nasihat, ingatan dan kenangan sahajalah modal yang ada.

Apalah mampu aku dikejauhan ini?

Poket tak mampu menerbangkan hadiah, walau teringin benar memberi kejutan. Aku bukan berada.

Aku cuma biasa. Besederhana kantung syilingnya.

Masa depan lebih aku usahakan, rancang simpan untuk di hadapan.

Cuma perlu sabar. Cuma perlu sedar.

Dia.



Saat Ini


People been whispering around these ear, telling me stuff to consider. Answering questions that I should actually be getting from her. Asking me to just forget and stop to remember. Guessing things that made me ponder.

Perihalnya hati aku tak mahu bersangka buruk. Kerana aku diminta dia percaya bahawa hatinya sayang tak berubah cerita.

Saat ini, aku benar lemah. 

Sesak dada terhimpit, lelah otak terfikir.

Selang selian tuntuan pengajian di musim peperiksaan.

Aku ralit menenangkan diri, mencekik pil pemangkin tidur.

Tapi hati, begitu juga.

Sakit.



Jujur


Aku ingin tidur. 

Lelap di kamar, lena tak sedar. Bungkam di katil jadi terbiar.

Dan terjaga pabila semua tiada, dan bangun semula tak ingat apa.

Boleh?

Aku terlalu sayang.

Dia hulurkan tangan waktu aku sakit kali pertama dahulu.

Dan senyumannya...





* * *





Comments

  1. glad to see you here, abam ! *jerit* tak perlu move on kalau belum bersedia. benda dah sebati dengan diri ambil masa untuk pergi. ada masa kita memang rindu cuma kena pastikan kita rindu dengan memori atau mereka itu sendiri. kita paling perlu kita untuk teruskan perjalanan. all the best,bro ! may HE easy everything *senyum lelebar*

    p/s : sory okay komen dah macam buat entry dekat sini. kakakaka. kbai !

    ReplyDelete
  2. Be strong. Whatever it is please take care of your health. Du'a that's the best thing to give her. And sure u know it too. Please look ahead and keep your smile. ^^

    ReplyDelete

Post a Comment